Saturday, May 26, 2012

Cara Pengkebumian Jenazah (Kristian Anglikan)

Ehehehe, entry blogku kali ni agak menyeramkan sedikit, but aku letak juga untuk informasi dan pengetahuan kalian yang berminat untuk tahu. Well, cara pengurusan mayat orang Kristian mungkin berbeza mengikut denominasi/mahzab gereja Kristian, dan entry ini adalah mengikut denominasi Kristian Anglikan (Church of England)…

Di Rumah:-

Semasa si mati baru sahaja meninggal, loceng besar gereja akan dibunyikan sebanyak 12 kali secara perlahan-lahan (selang 12 saat..). Jika si mati meninggal di hospital or di mana-mana tempat selain daripada di rumah, loceng akan dibunyikan semasa mayat dibawa masuk ke dalam rumah. Selepas si mati dimandikan dan dikenakan pakaian, sembahyang “roh berpisah dari jasad duniawi” akan dilakukan. Mayat akan dimasukkan ke dalam keranda selepas itu, kemenyan akan dibakar dan lilin dipasang dan diletakkan kedua-duanya di bahagian kaki keranda…

Semasa hendak dikebumikan (si mati dibawa dari rumah ke gereja/tanah perkuburan):-

Sembahyang “perjalanan terakhir” akan dilakukan…suasana pada ketika ini memang sedih lah… Selepas disembahyangkan di rumah, kain putih bersulamkan bentuk salib yang berwarna hitam akan direntangkan di atas keranda, dan kain tersebut akan dipakukan terus ke kayu keranda. Keranda akan diangkat secara perlahan-lahan dan diusung keluar. Loceng besar gereja akan mula dibunyikan perlahan-lahan, sebanyak 33 kali (selang 12 saat). Peti keranda tidak boleh mengenai apa2 objek keras (ex. Frame pintu, daun pintu, etc.) dengan kakinya dihadapankan. Bekas kemenyan akan mendahului perarakan tersebut, diikuti kayu salib (sebagai penanda kubur) yang berukir nama, tarikh lahir dan tarikh kematian si mati, diikuti peti keranda si mati, kemudian waris terdekat, sanak saudara, sahabat handai serta kenalan/orang ramai…pada ketika ini, diharuskan untuk memakai pakaian serba gelap/hitam sebagai tanda berkabung. Mengikut jarak perjalanan dan kawasan, keranda boleh diarak di atas troli khas, kereta kuda, kenderaan jenazah or lori “flat-bed”, asalkan keranda tersebut boleh sampai di perkarangan gereja/tanah perkuburan dalam selang masa loceng besar gereja dibunyikan sebanyak 33 kali tersebut.

Semasa hendak dikebumikan (di perkarangan gereja/tanah perkuburan):-

Sebaik sahaja keranda si mati tiba di perkarangan gereja/tanah perkuburan, loceng besar gereja akan dibunyikan sebanyak 12 kali (tidak termasuk 33 kali semasa diarak dari rumah), dalam selang masa 3 saat. Si mati akan dibawa masuk ke gereja, sambil dibacakan doa oleh paderi dengan suara yang segarau yang boleh. Keranda akan diletakkan di tempat khas di hadapan tempat duduk biasa, betul-betul berdepan dengan meja altar. Sembahyang di dalam gereja akan diteruskan, dengan pembacaan riwayat si mati (eulogy) akan dilakukan selepas pembacaan Injil oleh waris terdekat si mati (ex. Anak, saudara kandung etc.). Pembacaan “eulogy” ini biasanya dilakukan oleh orang lelaki. Selepas selesai sembahyang di gereja, paderi akan mengelilingi keranda tersebut sebanyak tiga kali sambil membawa bekas kemenyan, dan dipercikkan “holy water” yang biasanya dirujuk sebagai “pembaptisan terakhir duniawi”…

Semasa hendak dikebumikan (di kawasan perkuburan):-

Keranda si mati akan diusung keluar dari gereja, dengan susunan seperti perarakan dari rumah si mati, dan dibawa ke kuburnya. Dua batang kayu akan diletakkan merintangi lubang kubur yang berukuran 3’x7’x7’. Keranda akan dibawa dan diletakkan di atas kayu tersebut (belum dimasukkan ke dalam lubang kubur). Sembahyang di lubang kubur akan dilakukan, dan segala perbezaan dunia dan akhirat akan dibacakan. Selepas pembacaan Injil ke-2 selesai, keranda akan diangkat dengan tali, kayu perintang tadi dialihkan dan dengan perlahan-lahan, keranda akan diturunkan/dimasukkan ke dalam lubang kubur. Doa sembahyang diteruskan, dan di bahagian pembacaan doa “yang dari tanah kembali kepada tanah, yang dari debu kembali kepada debu…”, waris terdekat, sanak saudara, kenalan dan orang ramai akan mengambil sedikit tanah kubur dan dibuang kedalam lubang kubur. Selepas doa sembahyang tersebut selesai, paderi akan melakukan khutbah ringkas bagi memperingatkan semua yang hadir bahawa setiap orang akan melalui proses yang sama, di masa akan datang. Kubur akan dikambus selepas itu, dan semasa proses tersebut, paderi akan memercikkan lubang kubur tersebut dengan “holy water”. Lilin akan dinyalakan dan didirikan di sekeliling kubur, kalungan bunga akan diletakkan bahagian kepala kubur, disandarkan pada kayu salib.

Selepas Pengkebumian:-

Semua yang mengikuti upacara pengkebumian tersebut diwajibkan untuk mencuci muka, kaki dan tangan dengan air bunga yang disediakan di luar rumah si mati. Tempoh berkabung wajib adalah selama tiga malam, malam ke-4 adalah “malam mengemas” dan diikuti dengan malam peringatan hari ke-40, hari ke-100, dan ulangtahun pertama kematian si mati.

Signifikasi Sepanjang Upacara Pengkebumian:-

· Dalam keranda, si mati tidak diikat tangan ataupun kaki. Tangan diletakkan di atas perut, dengan telapak tangan kanan di atas tangan kiri. Si mati ditutup dengan kain putih, sehingga paras bahu. Keranda ditutup, tetapi tidak dipakukan (semasa masih di rumah) untuk membolehkan para hadirin untuk melihat si mati semasa penghormatan terakhir.

· Penutup keranda hanya boleh dipakukan/dikunci oleh waris si mati. Peti keranda tidak boleh disentuh oleh sesiapa kecuali waris dan sanak saudara si mati, sehingga upacara pengkebumian.

· Kedudukan peti keranda adalah di tengah-tengah rumah, bahagian kaki si mati menghadap matahari terbit dan berdekatan dengan pintu besar rumah untuk memudahkan proses pengusungan keluar.

· Semua hadirin tidak dibenarkan menggunakan topi semasa si mati masih berada di dalam rumah, dan semasa di perkarangan gereja/tanah perkuburan, kecuali orang yang bakal mengusung keranda (pall bearers).

· Peti keranda hanya boleh dipakukan/dikunci dengan paku/skru/kunci yang diperbuat daripada besi sahaja.

· 12 kali (semasa di rumah) loceng dibunyikan adalah untuk memberitahu penduduk setempat akan berlakunya kematian.

· 33 kali loceng besar gereja dibunyikan adalah untuk mengiringi perarakan kematian. 33 kali ini bermaksud 33 tahun perjalanan kehidupan Jesus Christ.

· 12 kali loceng besar dibunyikan (semasa dibawa masuk ke gereja) adalah untuk menandakan umur Jesus Christ memulakan sebaran agama Kristian kepada dunia pada umur 12 tahun.

· Hadirin semasa pengkebumian membuang tanah ke dalam kubur adalah memberi erti kepada semua untuk menyedari bahawa semua yang hidup akan kembali kepada asal mereka didatangkan.

· Tempoh berkabung 3 malam membawa erti semasa Jesus Christ mmati disalibkan, Dia berada di dalam lubang kubur selama tiga malam sebelum diangkat naik.

· Malam ke-4 (mengikut denominasi) adalah malam yang mana Jesus Christ berjumpa dengan para pengikutnya sebelum naik ke syurga.

· Malam ke-40 adalah memperingati tempoh berpuasa Jesus Christ sebelum dijatuhkan hukuman salib pada era Pontius Pilate. Hal ini disamakan dengan si mati, yang sudah 40 malam pertamanya “berpuasa” di alam kubur. 40 malam ini juga adalah tempoh dimana selepas kematian Jesus Christ, Roh Kudus turun ke dunia untuk melindungi semua orang Kristian.

· Hari ke-100 dan ulangtahun pertama si mati adalah tidak berkaitan dengan agama Kristian, ini cumalah majlis yang diadakan oleh keluarga si mati yang mana hanyalah untuk menandakan bahawa mereka sudah boleh mengadaptasi kehidupan harian seperti biasa tanpa si mati.

· Kedudukan kubur adalah mengadap matahari terbit. Ini kerana dikatakan, kedatangan kali ke-2 Jesus Christ ke dunia pada akhir zaman adalah dari Timur.

· Sejak dari zaman kelahiran Jesus Christ lagi, fungsi kemenyan (dari segi biblical) digunakan/dibakar adalah bermaksud untuk menyampaikan doa/sembahyang ke syurga.

3 comments: