Sunday, October 11, 2009

How to make money in the campus as the student??


Aha, sebut sahaja kehidupan di IPT, memang sudah salah satu fenomena biasa jika seseorang mahasiswa/mahasiswi/mahasistua itu mengatakan bahawa dia pokai/kering/muflis dll.., atau dengan kata lainnya, tidak ada duit ler...actually, banyak antara kita (budak-budak IPT) tidak sedar bahawa duduk kat IPT ni lah salah satu contoh paling baik untuk bertapak dalam dunia perniagaan... Jika kita pandai mencari ceruk dan lubang peluang dan boleh mentafsir permasalahan am sesuatu situasi di IPT, kemungkinan kita boleh bergelar 'great little opportunist', yang mana kita diklasifikasikan sebagai pengintai peluang menjana wang yang hebat... Jika kita boleh menjadi sedemikian, sudah tentu FAMA (Father/Mother) kita akan wondering, "macam mana lah anakku hidup disana, tak pernah berkhabar berita ataupun meminta wang ringgit..." Haaa, kali ini aku ingin berkongsi tips macam mana untuk menjana wang semasa berada kat IPT ni, sebab aku pun buat benda yang serupa, tidak lain dan tidak bukan dengan melakukan perkara-perkara seperti berikut:-


1.) Menjadi agen syarikat pengangkutan/penerbangan.

->> Aha, ini merupakan kaedah utama aku untuk menjana wang, dimana setiap semester, pasti ramai students yang mengambil peluang bercuti itu untuk balik kampung halaman dan bertemu dengan sanak saudara/orang tersayang/sahabat handai. Kat sini, aku biasanya berhubungan dengan junior/kawan-kawanku sebagai agen tidak rasmi bagi syarikat-syarikat seperti Airasia, Malaysia Airlines, Bintang Jaya Express, Tung Ma Express, Sida Express, TransTedar Express, dan lain-lain lagi.


2.) Membuat assignments/paperwork/powerpoint/artikel.

->> Ni merupakan kaedah menjana wang yang paling mudah dan senang untuk mendapatkan pasaran, lebih-lebih lagi jika kampus korang dekat dengan IPTA/S yang lain (Politeknik, UiTM, K.Komuniti dll.). Tak semua yang boleh buat assignments diaorang right on schedule, as we all know, budak-budak IPT ni suka betul buat kerja last minute, samada diaorang terlalu busy dengan aktiviti kampus yang lain ataupun terlupa untuk menyiapkannya... kat sini, biasanya aku akan charge sebanyak RM2.50 sekeping untuk assignments, RM2.00 untuk artikel, RM5 untuk lukisan kejuruteraan (Politeknik students punya stuffs laa..). Tapi, makesure assignment sendiri sudah beres laa...

3.) Direct selling/blogging/internet business.

->> Bagi orang-orang yang pandai komputer, jenis inilah yang lazim diaorang selalu usahakan. Tidak ada modal, just kena ada sedikit 'lidah berbelit' untuk persuade orang untuk membeli barang-barang yang diaorang promote dalam blog masing-masing. Tetapi untuk menjalankan jenis bisnes sebegini, kena ada kad kredit/debit dulu, baru boleh jalan...

4.) Topup handphone/reload kredit panggilan.

->> Yang ni betul-betul dominan, semua orang tahu cara menjana duit sebegini, kerana ianya murah dan mudah. Tetapi keuntungannya sedikit, lambat dan agak mengganggu masa belajar/ulangkaji, kerana masa urusniaga adalah tidak tentu, kena selalu bersedia dengan request yang bila-bila masa akan datang...

5.) Sewa kereta/motorsikal.

->> Yang ni biasanya dijalankan oleh golongan mahasiswa yang memiliki kenderaan. Kadar bayaran bergantung kepada tempoh sewaan (biasanya ikut jam..), dan dijalankan sesama rakan-rakan sendiri jak...Kadar bayaran ini pun bergantung kepada berapa rapat persahabatan diaorang, kadang-kadang boleh free jak sampai berhari-hari...

6.) Tourism/pakej pelancongan/ travel.

->> Ni jarang dilakukan, tetapi agak lumayan juga jika bijak. Tidak konsisten, tidak boleh selalu dilaksanakan dan juga kurang pasaran...


Setakat ni, itu jak yang dapat aku kongsikan bersama, ada masa lagi aku akan publish tips-tips yang lain pula...(^_^)

No comments:

Post a Comment