Saturday, October 10, 2009

Projek Yang Terbang-kalai...(*_*)

Huhh, tension aku!!! Kalau hari-hari bernasib malang begini, better aku quit jadi student dan kerja kat KK, jadi driver bas pun OK apa, lumayan juga...apa taknya, 2 hari 2 malam & 2 pagi lengkap aku tak tidor gara-gara buat powerpoint dengan proposal projekku....siap bergrafik yang high-tech lagi yang aku attach sana, ditambah lagi dengan lagu tema ni, bukti tue hasil kerja aku sendiri, iaitu 'Matsuri' (copet dari album Kitaro genk..). tahu-tahu, on da next day, time presentation, juri tanyak 'ada bawa laptop? Sebab Dept. punya laptop tak available..' Time tue aku rasa macam nak bagi jak sepakan penalti kat mesin CNC di sebelah aku tue, biar la dia rosak, aku peduli apa, coz punyalah kecewa aku time dengar ayat-ayat tue...so terpaksa lah aku present tanpa menunjukkan powerpoint yang berhabis baik aku buat 2 malam yang lepas... then again, time aku present, juri tanya 'ada bawa handout?' Nah, yang ni lagi!!! Tapi yang ni aku akui itu kesilapan aku la, coz aku terlupa untuk print awal pagi tadi (gugur 10% markah presentationku..). Pastu aku continue bubbling kat depan tu, dengan suara yang mula garau semacam ala-ala suara jin, tanda 'mood yang mula down'. Again, aku diajukan lagi dengan soalan yang bikin panas dari juri, tanyanya 'proposal awak terlalu ringkas, kamu langsung tidak sertakan bukti yang menyokong hujah kamu.' Aduuiiii, kali ini betul-betul tersirap darahku, sampai pembalut plastik marker jadi terkoyak gara-gara menahan geram yang melampau. Dengan selambanya berbaur menahan geram dihati aku menjawab, 'semua hasil kerja saya diletakkan ke dalam powerpoint, dimana semua bukti-bukti sokongan hujah saya telah saya sertakan dalam bentuk AVI (format video high-resolution laa..). jadi sekarang ianya merupakan kegagalan Dept. untuk menyediakan fasiliti yang lengkap untuk presentation saya ini, kerana ianya telah dinyatakan di dalam pekeliling yang menyatakan bahawa semua kelengkapan akan disediakan.' Nah, merah padam sudah mukanya, barangkali dia rasa terpukul dengan jawapanku tue...but who cares, silap is silap, nobody will take care about other people...baru dia tahu, mengada-ngada sungguh...lepas presentation tue, aku keluar dari bilik presentation dengan rasa marah bercampur puas....baammmm!!! Tombol pintu lagi tercabut time aku pulas, menandakan semua kejadian pada hari tue terlalu 'SUCKK!!!' Sorry to say, but it is really suck for me... Huhh...apa-apapun, aku tetap continue dengan projekku nie, walaupun aku rasa agak frust dengan achievement aku hari nie...hurmmm..(^_^)

No comments:

Post a Comment