Saturday, May 26, 2012

Cara Pengkebumian Jenazah (Kristian Anglikan)

Ehehehe, entry blogku kali ni agak menyeramkan sedikit, but aku letak juga untuk informasi dan pengetahuan kalian yang berminat untuk tahu. Well, cara pengurusan mayat orang Kristian mungkin berbeza mengikut denominasi/mahzab gereja Kristian, dan entry ini adalah mengikut denominasi Kristian Anglikan (Church of England)…

Di Rumah:-

Semasa si mati baru sahaja meninggal, loceng besar gereja akan dibunyikan sebanyak 12 kali secara perlahan-lahan (selang 12 saat..). Jika si mati meninggal di hospital or di mana-mana tempat selain daripada di rumah, loceng akan dibunyikan semasa mayat dibawa masuk ke dalam rumah. Selepas si mati dimandikan dan dikenakan pakaian, sembahyang “roh berpisah dari jasad duniawi” akan dilakukan. Mayat akan dimasukkan ke dalam keranda selepas itu, kemenyan akan dibakar dan lilin dipasang dan diletakkan kedua-duanya di bahagian kaki keranda…

Semasa hendak dikebumikan (si mati dibawa dari rumah ke gereja/tanah perkuburan):-

Sembahyang “perjalanan terakhir” akan dilakukan…suasana pada ketika ini memang sedih lah… Selepas disembahyangkan di rumah, kain putih bersulamkan bentuk salib yang berwarna hitam akan direntangkan di atas keranda, dan kain tersebut akan dipakukan terus ke kayu keranda. Keranda akan diangkat secara perlahan-lahan dan diusung keluar. Loceng besar gereja akan mula dibunyikan perlahan-lahan, sebanyak 33 kali (selang 12 saat). Peti keranda tidak boleh mengenai apa2 objek keras (ex. Frame pintu, daun pintu, etc.) dengan kakinya dihadapankan. Bekas kemenyan akan mendahului perarakan tersebut, diikuti kayu salib (sebagai penanda kubur) yang berukir nama, tarikh lahir dan tarikh kematian si mati, diikuti peti keranda si mati, kemudian waris terdekat, sanak saudara, sahabat handai serta kenalan/orang ramai…pada ketika ini, diharuskan untuk memakai pakaian serba gelap/hitam sebagai tanda berkabung. Mengikut jarak perjalanan dan kawasan, keranda boleh diarak di atas troli khas, kereta kuda, kenderaan jenazah or lori “flat-bed”, asalkan keranda tersebut boleh sampai di perkarangan gereja/tanah perkuburan dalam selang masa loceng besar gereja dibunyikan sebanyak 33 kali tersebut.

Semasa hendak dikebumikan (di perkarangan gereja/tanah perkuburan):-

Sebaik sahaja keranda si mati tiba di perkarangan gereja/tanah perkuburan, loceng besar gereja akan dibunyikan sebanyak 12 kali (tidak termasuk 33 kali semasa diarak dari rumah), dalam selang masa 3 saat. Si mati akan dibawa masuk ke gereja, sambil dibacakan doa oleh paderi dengan suara yang segarau yang boleh. Keranda akan diletakkan di tempat khas di hadapan tempat duduk biasa, betul-betul berdepan dengan meja altar. Sembahyang di dalam gereja akan diteruskan, dengan pembacaan riwayat si mati (eulogy) akan dilakukan selepas pembacaan Injil oleh waris terdekat si mati (ex. Anak, saudara kandung etc.). Pembacaan “eulogy” ini biasanya dilakukan oleh orang lelaki. Selepas selesai sembahyang di gereja, paderi akan mengelilingi keranda tersebut sebanyak tiga kali sambil membawa bekas kemenyan, dan dipercikkan “holy water” yang biasanya dirujuk sebagai “pembaptisan terakhir duniawi”…

Semasa hendak dikebumikan (di kawasan perkuburan):-

Keranda si mati akan diusung keluar dari gereja, dengan susunan seperti perarakan dari rumah si mati, dan dibawa ke kuburnya. Dua batang kayu akan diletakkan merintangi lubang kubur yang berukuran 3’x7’x7’. Keranda akan dibawa dan diletakkan di atas kayu tersebut (belum dimasukkan ke dalam lubang kubur). Sembahyang di lubang kubur akan dilakukan, dan segala perbezaan dunia dan akhirat akan dibacakan. Selepas pembacaan Injil ke-2 selesai, keranda akan diangkat dengan tali, kayu perintang tadi dialihkan dan dengan perlahan-lahan, keranda akan diturunkan/dimasukkan ke dalam lubang kubur. Doa sembahyang diteruskan, dan di bahagian pembacaan doa “yang dari tanah kembali kepada tanah, yang dari debu kembali kepada debu…”, waris terdekat, sanak saudara, kenalan dan orang ramai akan mengambil sedikit tanah kubur dan dibuang kedalam lubang kubur. Selepas doa sembahyang tersebut selesai, paderi akan melakukan khutbah ringkas bagi memperingatkan semua yang hadir bahawa setiap orang akan melalui proses yang sama, di masa akan datang. Kubur akan dikambus selepas itu, dan semasa proses tersebut, paderi akan memercikkan lubang kubur tersebut dengan “holy water”. Lilin akan dinyalakan dan didirikan di sekeliling kubur, kalungan bunga akan diletakkan bahagian kepala kubur, disandarkan pada kayu salib.

Selepas Pengkebumian:-

Semua yang mengikuti upacara pengkebumian tersebut diwajibkan untuk mencuci muka, kaki dan tangan dengan air bunga yang disediakan di luar rumah si mati. Tempoh berkabung wajib adalah selama tiga malam, malam ke-4 adalah “malam mengemas” dan diikuti dengan malam peringatan hari ke-40, hari ke-100, dan ulangtahun pertama kematian si mati.

Signifikasi Sepanjang Upacara Pengkebumian:-

· Dalam keranda, si mati tidak diikat tangan ataupun kaki. Tangan diletakkan di atas perut, dengan telapak tangan kanan di atas tangan kiri. Si mati ditutup dengan kain putih, sehingga paras bahu. Keranda ditutup, tetapi tidak dipakukan (semasa masih di rumah) untuk membolehkan para hadirin untuk melihat si mati semasa penghormatan terakhir.

· Penutup keranda hanya boleh dipakukan/dikunci oleh waris si mati. Peti keranda tidak boleh disentuh oleh sesiapa kecuali waris dan sanak saudara si mati, sehingga upacara pengkebumian.

· Kedudukan peti keranda adalah di tengah-tengah rumah, bahagian kaki si mati menghadap matahari terbit dan berdekatan dengan pintu besar rumah untuk memudahkan proses pengusungan keluar.

· Semua hadirin tidak dibenarkan menggunakan topi semasa si mati masih berada di dalam rumah, dan semasa di perkarangan gereja/tanah perkuburan, kecuali orang yang bakal mengusung keranda (pall bearers).

· Peti keranda hanya boleh dipakukan/dikunci dengan paku/skru/kunci yang diperbuat daripada besi sahaja.

· 12 kali (semasa di rumah) loceng dibunyikan adalah untuk memberitahu penduduk setempat akan berlakunya kematian.

· 33 kali loceng besar gereja dibunyikan adalah untuk mengiringi perarakan kematian. 33 kali ini bermaksud 33 tahun perjalanan kehidupan Jesus Christ.

· 12 kali loceng besar dibunyikan (semasa dibawa masuk ke gereja) adalah untuk menandakan umur Jesus Christ memulakan sebaran agama Kristian kepada dunia pada umur 12 tahun.

· Hadirin semasa pengkebumian membuang tanah ke dalam kubur adalah memberi erti kepada semua untuk menyedari bahawa semua yang hidup akan kembali kepada asal mereka didatangkan.

· Tempoh berkabung 3 malam membawa erti semasa Jesus Christ mmati disalibkan, Dia berada di dalam lubang kubur selama tiga malam sebelum diangkat naik.

· Malam ke-4 (mengikut denominasi) adalah malam yang mana Jesus Christ berjumpa dengan para pengikutnya sebelum naik ke syurga.

· Malam ke-40 adalah memperingati tempoh berpuasa Jesus Christ sebelum dijatuhkan hukuman salib pada era Pontius Pilate. Hal ini disamakan dengan si mati, yang sudah 40 malam pertamanya “berpuasa” di alam kubur. 40 malam ini juga adalah tempoh dimana selepas kematian Jesus Christ, Roh Kudus turun ke dunia untuk melindungi semua orang Kristian.

· Hari ke-100 dan ulangtahun pertama si mati adalah tidak berkaitan dengan agama Kristian, ini cumalah majlis yang diadakan oleh keluarga si mati yang mana hanyalah untuk menandakan bahawa mereka sudah boleh mengadaptasi kehidupan harian seperti biasa tanpa si mati.

· Kedudukan kubur adalah mengadap matahari terbit. Ini kerana dikatakan, kedatangan kali ke-2 Jesus Christ ke dunia pada akhir zaman adalah dari Timur.

· Sejak dari zaman kelahiran Jesus Christ lagi, fungsi kemenyan (dari segi biblical) digunakan/dibakar adalah bermaksud untuk menyampaikan doa/sembahyang ke syurga.

Wednesday, February 8, 2012

A holiday story....

Ahh, it has been a long time aku tak update blog neh, haizz so busy bha...huhuhuhu..well anyway, tonight (8/2/2012) aku somehow teringin plak nak berstory2 balik dalam blog neh, yelah, so much things happened to me lately so theoretically memang akan banyaklah benda yang aku nak story to hang uolls, hahaha..

Well, it has been 3 weeks aku kat hometown, for Chinese New Year (of course) plus cuti akhir penggal universiti...but for me as a kampung boy, the word 'cuti' or 'holiday' or school break' or whatever that you prefer to say is just an absence of sesi perkuliahan jak, coz so many things yang dah menunggu untuk diuruskan dan dilakukan...first of all, di kampung skang musim durian, yes!! When we started to talk about durian, huuuu!!! There will be 'a night to remember' kat dusun durian, hunting, barbequing, cooking jungle foods and of course akan ada sesi aramaiti with cousins and friends alike...hehehehe...then as the seasons followed, tak lama lagi musim menuai padi, yay!! Imagine, yuo are standing in the middle of gold-yellowish paddy field sambil menghirup udara segar di huma tercinta (not bendang arr, we Borneo folks lebih suka buat huma @ padi bukit than bendang...a little bit primitive but that is what we used to do...) Again, a shotgun must be at hand, ready to shoot naughty birds that tried to pick a bunch of the golden-coloured grains...huhuhu...

But then, every nice times will come to an end...next week aku akan balik ke kampus...whoarrggghhhh!!! Great time for me is almost over, huhuhuhu...a short holiday it is, yes, but then aku rasa satisfied la jugak coz everything that I wanna do, I've done it...hehehehehe...

Sunday, October 30, 2011

Raya Datang Lagiiiii!!!!!!! ^_^

Lorhh...every time nih aku dengar orang sibuk2 nak balik bercuti seminggu, happening semacam, dan semakin 'heh..pening' ni bagiku....you know why? Coz gladly to announce that aku tak balik, duk kat kampus jak during whole mid-semester break.....alang2 nak balik leww, seminggu jak pun...lagipun lau balik bukannya boleh wat apa2 yang berguna, asyik dok berjalan kehulu kehilir ngan motor jak, that's for sure....hehehe...

So much to do here, that is the another part of the reason....dengan assignments, proposals, preparations untuk mid-term dan 'lain-lain' tuh lagi, memang tak sempatlah aku nak buat after cuti lau aku balik...yelah, dah puas ni sengsara jadi 'last-minute worker', so kinda 'bertaubat bin repent' la maksudnya, ngheee (mesti korang cakap 1st time dengar aku cakap begini, kan?? ^_^)....

Anyway, for all of my Muslim friends, boys and girls alike, I would like to wish 'Selamat Hari Raya Aidiladha' to all of you (betul ka ejaan tuh?? Tolong revised for me k...), kalo ada lebihan tuh, ingat2kan la orang yang kelaparan di perantauan cam aku ni, tu pun lau nak beramal jariah ngan orang cam aku jugak la...ngeeee....^_^

Sunday, October 16, 2011

A Suicide Note:- Message from the Hell.....

Somehow aku tergerak nak wat entry yang sekian lama aku tahan untuk publish kat sini....a suicide note....dengar perkataan tu pun dah meremang bulu roma....but, selepas aku follow blog sorang nih dalam wordpress.com semalam, ternyata 'suicidal compulsion' ni disebabkan oleh pelbagai faktor nyata yang membuatkan si pelakunya tersangat nekad untuk melakukannya, it is not about hallucination or whatsoever...dan terus aku menyelongkar almariku, mencari sebuah fail dimana tempatku simpan sekeping copy suicide note dari seorang manusia bergelar sahabat...and here is some of the word:-

In this life, there is nothing that you hoped will actually come true as you imagine…

All the frustration I had in these past few weeks had merge my body and soul for the longest period of time since for so long…

I only hoped that this will not become my breaking point and I can continue to Contribute..

But as matters worsens, I may do things in a suicidal compulsion…

I just hoped it won’t be too quickly..

Anyway.. anyone that reads this.. If I finally departed.. I wish to make sure my family knows EVERYTHING there is to know about me… Even if it was the worst of me.. that was who I am…

God would send me to hell for all that I’ve done but who cares when it was too late anyway…

so that will be my good bye and I hoped it wouldn’t be soon but not too long as well… Living is HARD…

Ni lah petikan dari suicide note orang tuh, aku tak nak petik the whole note and also blog entrynya, coz kena honour la jugak si empunya nota ni...honouring the owner of the note is the must in this case coz he ACTUALLY DID IT, bukan memain coz he really done that thing some months ago....ketika aku terbaca kisah suicide note's owner neh kat surat khabar, aku tergamam, terpaku, terpana, terkelu lidah dan terkejut, coz aku really2 tak sangka yang dia bebetul buat....aku ingatkan dia bergurau, time kitorang keluar outing memalam ramai2 kira-kira sebulan sebelum kejadian....

Live our life to the fullest guys, maybe tonite is the last time we met, gathered and cheered up like now.....not now, not tomorrow but soon enough kita semua akan busy wat keja masing2, got no other time to see each other, perhaps never.....tonite I feel like I'm no longer a human being but more to a section in the middle of human, animal and ghost....coz tonite we are gonna pump the floor!!!! (in a happy crazy tone)

All those word of his neh, bila dibaca sepintas lalu, memang kita akan fikir yang dia ni 'orang tak sekolah' coz pada pendapat awal, kita akan sangka dia neh 'got no more idea to survive'.... but then again, he actually is a university student, got a good pointer, have a wide vision in front of him and for the record, he committed suicide inside the university compound....he has the high aim in life, but something unexplainable has strangled and pulled him down....

Ramai yang condemn tindakannya ni, so am I as well, but lepas aku terima notanya selepas tuh, aku terkesima sekejap....all I can say is:- Why oh why, my friend, for the sake of love of a mother to her child, that you do this thing without seeking a consultation from us??? Are we offending you in anyway???.....to late to say so coz aku terima nota tuh 5 weeks after the tragedy, one note on a piece of paper, passed down from one friend of his to another friend.... I still keep the copy of that note, for the record once again....aku simpan kemas2 dalam fail, nobody knows about it accept me....

And now, aku di KK, tanah kelahirannya....dan aku sentiasa mengintai peluang untuk melawat pusaranya, and some say that his tomb is located at Mile 3, Jalan Tuaran-Penampang.....hermmm.....


p/s:- In a memory of SCM (1990-2011)

Friday, October 7, 2011

Erk??? Back to school again???

Back to school, again?? Really??? Aishhh...for many youngsters, being offered to continue study ke universiti neh obviously seems to be exciting, but for me?? Lorhhh, aku jadi kebingungan, lucu, macam tak percaya dan "ehh, aku macam pernah ke sini sometimes ago, kenapa aku boleh disini sekali lagi???", hahahaha....


Universiti kesayanganku..UM..S...hahahaha...^_^

See this pic?? Ni la HQ kitorang, ala-ala Putrajaya gitew, huhuhu...I'm sure banyak freshie yang belum pernah menjejak kaki ke sini, kinda beautiful view la jugak but agak penat lah naik bukit, haihh...aku rasa lau tak silap macam dah berpuluh-puluh kali dah naek ke bangunan Canselori neh, for various businesses issues...

Somebody might ask me, why are you being thrown back to UMS??? Well, actually lau aku tak kesini sekali lagi, perhaps perangai lamaku akan berulang....what that perangai might be?? Hehehe, biarlah rahsia....but bilamana aku dapat tahu yang aku kesini lagi, rasa biasa2 jak aku at the first place, but 8 jam sebelum penerbanganku ke Kota Kinabalu tuh aku jadi resah plak...yelah, banyak betul kenanganku disini, you name it....kot-kot terjumpa balik point pengimbas kenangan masa lalu tuh, mana nak simpan imej?? Bawah katil?? Aiya...huhuhu...

Disini, dan kali ini, aku ditempatkan di Sekolah Sains & Teknologi..the biggest faculty/school in UMS, agak bangga la juga aku duk sini neh, ditambah lagi dengan muka junior2 yang slluurrrppphhh!!!! tuh...hahahaha....time masuk pun tak jauh beza, aku masuk on 19 September dan junior plak 5 September, so aku rasa aku macam muda balik, ala-ala "sweet 20" la, hahahaha...but beware kids, I'm your senior by nature and experience, haaa...huhuhuhu....






Thursday, September 15, 2011

Honda Civic 1999:- Sapa ada???...^_^

Well, entry ni aku coretkan untuk meraih perhatian 'car-enthusiast' yang ada terfikir nak jual keta Honda dorang...sesapa ada, boleh contact aku coz actually kawan aku minta tolong carikan, first2 tuh dia suh aku cari Honda Integra (bekikis bulu betis nih pakai membayar..) but then lepas aku brainwash dia, last2 tukar p Honda Civic....


p/s:- Lau boleh, nak yang sebijik cam nih...:P