Showing posts with label STORIES. Show all posts
Showing posts with label STORIES. Show all posts

Wednesday, February 8, 2012

A holiday story....

Ahh, it has been a long time aku tak update blog neh, haizz so busy bha...huhuhuhu..well anyway, tonight (8/2/2012) aku somehow teringin plak nak berstory2 balik dalam blog neh, yelah, so much things happened to me lately so theoretically memang akan banyaklah benda yang aku nak story to hang uolls, hahaha..

Well, it has been 3 weeks aku kat hometown, for Chinese New Year (of course) plus cuti akhir penggal universiti...but for me as a kampung boy, the word 'cuti' or 'holiday' or school break' or whatever that you prefer to say is just an absence of sesi perkuliahan jak, coz so many things yang dah menunggu untuk diuruskan dan dilakukan...first of all, di kampung skang musim durian, yes!! When we started to talk about durian, huuuu!!! There will be 'a night to remember' kat dusun durian, hunting, barbequing, cooking jungle foods and of course akan ada sesi aramaiti with cousins and friends alike...hehehehe...then as the seasons followed, tak lama lagi musim menuai padi, yay!! Imagine, yuo are standing in the middle of gold-yellowish paddy field sambil menghirup udara segar di huma tercinta (not bendang arr, we Borneo folks lebih suka buat huma @ padi bukit than bendang...a little bit primitive but that is what we used to do...) Again, a shotgun must be at hand, ready to shoot naughty birds that tried to pick a bunch of the golden-coloured grains...huhuhu...

But then, every nice times will come to an end...next week aku akan balik ke kampus...whoarrggghhhh!!! Great time for me is almost over, huhuhuhu...a short holiday it is, yes, but then aku rasa satisfied la jugak coz everything that I wanna do, I've done it...hehehehehe...

Sunday, October 30, 2011

Raya Datang Lagiiiii!!!!!!! ^_^

Lorhh...every time nih aku dengar orang sibuk2 nak balik bercuti seminggu, happening semacam, dan semakin 'heh..pening' ni bagiku....you know why? Coz gladly to announce that aku tak balik, duk kat kampus jak during whole mid-semester break.....alang2 nak balik leww, seminggu jak pun...lagipun lau balik bukannya boleh wat apa2 yang berguna, asyik dok berjalan kehulu kehilir ngan motor jak, that's for sure....hehehe...

So much to do here, that is the another part of the reason....dengan assignments, proposals, preparations untuk mid-term dan 'lain-lain' tuh lagi, memang tak sempatlah aku nak buat after cuti lau aku balik...yelah, dah puas ni sengsara jadi 'last-minute worker', so kinda 'bertaubat bin repent' la maksudnya, ngheee (mesti korang cakap 1st time dengar aku cakap begini, kan?? ^_^)....

Anyway, for all of my Muslim friends, boys and girls alike, I would like to wish 'Selamat Hari Raya Aidiladha' to all of you (betul ka ejaan tuh?? Tolong revised for me k...), kalo ada lebihan tuh, ingat2kan la orang yang kelaparan di perantauan cam aku ni, tu pun lau nak beramal jariah ngan orang cam aku jugak la...ngeeee....^_^

Friday, September 9, 2011

Malam sialan....

Malam nih betul2 sial bagiku....7 orang yang bikin aku panas, serbu sekali...arghhh!!!! Those people memang selalu nak try my kejantanan ke apa neh??? Sini aku nak kupas sekor demi sekor:-

(nama/umur/asal/connection)

1. A-A/24 tahun/Tawau/ex-brother

bangkrek ni sorang yang mulakan heat dalam hatiku....mana taknya, he tried to manipulated the facts yg majoriti tau....he said:-
09/09/09 till 09/09/10 ; cpt tol msa brlalu .. msih ku tringat ksah lalu , kiah kta yg dulu , kta brsma mlakar sjrah impian yg akhirnya bubar brsma hrapan .. 09/09/10 kretakan brmula , jnji yg kta bina atas dasar 'brotherhood' hncur kw bawa brsma tlatah mu yg pndi brmain kata tnpa mmikir apa yg tdk kena .. (: mood : tetiba aku tringat 'stranger' tuh .. SIGH ! >.< (Facebook Post, 10.41pm/Friday 09, 2011)
See what I mean?? Maybe not yet, korang compare yang ni dengan post blog aku (Antara Nasihat, Ugutan dan Amaran...). Korang yang ada minda dan akal, judge bagus2 k?? Post blog aku tuh ramai saksinya, lau nak tau just drop me a message, then aku bagi nama2 dorang...

2. JP-P/21 tahun/Kuching/admirer

Yang ni plak, cakap aku tak pandai serius...why must I?? Serius in what way??? Aku sendiri ada banyak masalah yang perlu difikirkan, lagipun aku bukannya boyfriend dia, then why must I??? I treat everyone as nice as I can, ada kalanya aku treat macam2, ada juga masanya aku treat kat warung jek, ikut kemampuan aku but that is the best that I can give at that time, why must be argued?? Think about that....

3. M-J/22 tahun/Sri Aman/admirer

Yang ni jenis yang free 24/7 untuk bermesej, lenguh jariku nak menekan keypad...even aku dalam meeting room pun dia misscall berpuluh2 kali...lau aku tak inform OK ah, ni aku inform dari pukul 6.00am pun dia buat gak, ketara orang yang tak pandai take note and selfish...

4. AS-I/20 tahun/Kuala Lumpur/Adik Angkat

Yang ni aku tak tau nak komen, lau dia mesej aku akan reply, tapi aku reply not ASAP, that makes thing really bad....well, aku kan busy, manalah aku dapat pegang handphone 24/7, but take a look at the age, just 20, so I guess dia belum mengerti apa itu kesibukan bekerja...so yang ni aku maafkan...

5. MJ-J/24 tahun/Sandakan/Kenalan tak Rapat

Yang ni suka mengarut...Isu tak penting pun dia mengarut, pastu cerita kat aku macam aku tau sangat hal tuh, so bilamana aku cakap aku tak faham dengan apa yang dia carutkan, dia marah aku pla coz tak listen carefully...adoohhh, apa lah point aku dengar cerita yang aku sendiri tak tau hujung pangkalnya??? palui....

6. TF-L/20 tahun/Tawau/Kawan

Yang ni celobeng sangat mulutnya, rimas aku...sedikit sebanyak mengeruhkan lagi keadaan dan memarakkan lagi api kemarahanku....kata2 makian, sumpah seranah yang ntah pa2 tuh memang trademark dia, memang tak sah lau dia tak cakap even 1 word...but jarang skali dia maki orang kurang dari 3 kali, mesti lebih...tu lah yang bikin aku bengang tuh....

7.A-RL/21 tahun/Kuching/ex-ehem2....

Yang nih...haihh...over discreet...pening kepalaku....dia tak banyak cakap, almaklumlah orang lakon discreet bocor, tapi aku bengang dengan tingkahlakunya...terlalu ayu yang mengada2, langsung tak sesuai untuk semua lapisan masyarakat....memangla dia tak pernah potpet2 pasal aku, tapi aku kan pernah bersama dia once, tu la orang selalu cakap "kenapalah ko punya hood tuh begitu perangainya? How come ko boleh tersangkut sama dia??" Aiya, pedas betul telinga aku dengar statement tuh, makan hati jek dibuatnya.....

All in all, semua orang ni wat aku headache semalam, nak menangis meraung2 pun ada, tapi apakan daya, dah big2 nih malu la nak nangis begitu...haihhh...guys, help me...(T_T)

Sunday, September 4, 2011

Happy Birthday, my ex....


I may be a bad guy that you ever been with, maybe not the best man that you ever known, maybe the worse fellow that you ever loved, but I'm not so naive and heartless to ignore a very simple thing:- not wishing you a "Happy Birthday" for the 22nd time today...(04/09/1989)... People used to asked me, "what the story now between you and your lover??" I just simply said that we are now more to 'friend' rather than 'ex', slightly different in meanings and definition to me....My wish for you is, may you have a very prosperous 22-years-old days ahead, figuratively and literally, in whatever field that you are in....one more thing:- I never hates you....^_^

Sunday, October 11, 2009

How to make money in the campus as the student??


Aha, sebut sahaja kehidupan di IPT, memang sudah salah satu fenomena biasa jika seseorang mahasiswa/mahasiswi/mahasistua itu mengatakan bahawa dia pokai/kering/muflis dll.., atau dengan kata lainnya, tidak ada duit ler...actually, banyak antara kita (budak-budak IPT) tidak sedar bahawa duduk kat IPT ni lah salah satu contoh paling baik untuk bertapak dalam dunia perniagaan... Jika kita pandai mencari ceruk dan lubang peluang dan boleh mentafsir permasalahan am sesuatu situasi di IPT, kemungkinan kita boleh bergelar 'great little opportunist', yang mana kita diklasifikasikan sebagai pengintai peluang menjana wang yang hebat... Jika kita boleh menjadi sedemikian, sudah tentu FAMA (Father/Mother) kita akan wondering, "macam mana lah anakku hidup disana, tak pernah berkhabar berita ataupun meminta wang ringgit..." Haaa, kali ini aku ingin berkongsi tips macam mana untuk menjana wang semasa berada kat IPT ni, sebab aku pun buat benda yang serupa, tidak lain dan tidak bukan dengan melakukan perkara-perkara seperti berikut:-


1.) Menjadi agen syarikat pengangkutan/penerbangan.

->> Aha, ini merupakan kaedah utama aku untuk menjana wang, dimana setiap semester, pasti ramai students yang mengambil peluang bercuti itu untuk balik kampung halaman dan bertemu dengan sanak saudara/orang tersayang/sahabat handai. Kat sini, aku biasanya berhubungan dengan junior/kawan-kawanku sebagai agen tidak rasmi bagi syarikat-syarikat seperti Airasia, Malaysia Airlines, Bintang Jaya Express, Tung Ma Express, Sida Express, TransTedar Express, dan lain-lain lagi.


2.) Membuat assignments/paperwork/powerpoint/artikel.

->> Ni merupakan kaedah menjana wang yang paling mudah dan senang untuk mendapatkan pasaran, lebih-lebih lagi jika kampus korang dekat dengan IPTA/S yang lain (Politeknik, UiTM, K.Komuniti dll.). Tak semua yang boleh buat assignments diaorang right on schedule, as we all know, budak-budak IPT ni suka betul buat kerja last minute, samada diaorang terlalu busy dengan aktiviti kampus yang lain ataupun terlupa untuk menyiapkannya... kat sini, biasanya aku akan charge sebanyak RM2.50 sekeping untuk assignments, RM2.00 untuk artikel, RM5 untuk lukisan kejuruteraan (Politeknik students punya stuffs laa..). Tapi, makesure assignment sendiri sudah beres laa...

3.) Direct selling/blogging/internet business.

->> Bagi orang-orang yang pandai komputer, jenis inilah yang lazim diaorang selalu usahakan. Tidak ada modal, just kena ada sedikit 'lidah berbelit' untuk persuade orang untuk membeli barang-barang yang diaorang promote dalam blog masing-masing. Tetapi untuk menjalankan jenis bisnes sebegini, kena ada kad kredit/debit dulu, baru boleh jalan...

4.) Topup handphone/reload kredit panggilan.

->> Yang ni betul-betul dominan, semua orang tahu cara menjana duit sebegini, kerana ianya murah dan mudah. Tetapi keuntungannya sedikit, lambat dan agak mengganggu masa belajar/ulangkaji, kerana masa urusniaga adalah tidak tentu, kena selalu bersedia dengan request yang bila-bila masa akan datang...

5.) Sewa kereta/motorsikal.

->> Yang ni biasanya dijalankan oleh golongan mahasiswa yang memiliki kenderaan. Kadar bayaran bergantung kepada tempoh sewaan (biasanya ikut jam..), dan dijalankan sesama rakan-rakan sendiri jak...Kadar bayaran ini pun bergantung kepada berapa rapat persahabatan diaorang, kadang-kadang boleh free jak sampai berhari-hari...

6.) Tourism/pakej pelancongan/ travel.

->> Ni jarang dilakukan, tetapi agak lumayan juga jika bijak. Tidak konsisten, tidak boleh selalu dilaksanakan dan juga kurang pasaran...


Setakat ni, itu jak yang dapat aku kongsikan bersama, ada masa lagi aku akan publish tips-tips yang lain pula...(^_^)

Saturday, October 10, 2009

Projek Yang Terbang-kalai...(*_*)

Huhh, tension aku!!! Kalau hari-hari bernasib malang begini, better aku quit jadi student dan kerja kat KK, jadi driver bas pun OK apa, lumayan juga...apa taknya, 2 hari 2 malam & 2 pagi lengkap aku tak tidor gara-gara buat powerpoint dengan proposal projekku....siap bergrafik yang high-tech lagi yang aku attach sana, ditambah lagi dengan lagu tema ni, bukti tue hasil kerja aku sendiri, iaitu 'Matsuri' (copet dari album Kitaro genk..). tahu-tahu, on da next day, time presentation, juri tanyak 'ada bawa laptop? Sebab Dept. punya laptop tak available..' Time tue aku rasa macam nak bagi jak sepakan penalti kat mesin CNC di sebelah aku tue, biar la dia rosak, aku peduli apa, coz punyalah kecewa aku time dengar ayat-ayat tue...so terpaksa lah aku present tanpa menunjukkan powerpoint yang berhabis baik aku buat 2 malam yang lepas... then again, time aku present, juri tanya 'ada bawa handout?' Nah, yang ni lagi!!! Tapi yang ni aku akui itu kesilapan aku la, coz aku terlupa untuk print awal pagi tadi (gugur 10% markah presentationku..). Pastu aku continue bubbling kat depan tu, dengan suara yang mula garau semacam ala-ala suara jin, tanda 'mood yang mula down'. Again, aku diajukan lagi dengan soalan yang bikin panas dari juri, tanyanya 'proposal awak terlalu ringkas, kamu langsung tidak sertakan bukti yang menyokong hujah kamu.' Aduuiiii, kali ini betul-betul tersirap darahku, sampai pembalut plastik marker jadi terkoyak gara-gara menahan geram yang melampau. Dengan selambanya berbaur menahan geram dihati aku menjawab, 'semua hasil kerja saya diletakkan ke dalam powerpoint, dimana semua bukti-bukti sokongan hujah saya telah saya sertakan dalam bentuk AVI (format video high-resolution laa..). jadi sekarang ianya merupakan kegagalan Dept. untuk menyediakan fasiliti yang lengkap untuk presentation saya ini, kerana ianya telah dinyatakan di dalam pekeliling yang menyatakan bahawa semua kelengkapan akan disediakan.' Nah, merah padam sudah mukanya, barangkali dia rasa terpukul dengan jawapanku tue...but who cares, silap is silap, nobody will take care about other people...baru dia tahu, mengada-ngada sungguh...lepas presentation tue, aku keluar dari bilik presentation dengan rasa marah bercampur puas....baammmm!!! Tombol pintu lagi tercabut time aku pulas, menandakan semua kejadian pada hari tue terlalu 'SUCKK!!!' Sorry to say, but it is really suck for me... Huhh...apa-apapun, aku tetap continue dengan projekku nie, walaupun aku rasa agak frust dengan achievement aku hari nie...hurmmm..(^_^)

Apakah Itu Dikira Kisah Cinta Sejati??

Fuuuhhh, aku kali ini betul-betul terpegun dan betul-betul tidak menyangka, masih ada juga perhubungan cinta sejati yang berlaku masa sekarang, dan yang lebih membuatkan aku tidak percaya ialah perhubungan cinta sejati yang dulunya hanya bermula dari perbualan telefon bimbit...kadang-kadang orang cakap cinta sejati itu wujud apabila dua insan itu bertemu setelah lama menyimpan rasa rindu dan ketidaksabaran untuk bersua muka.... kali ini aku mula percaya kepada teori itu, walaupun aku sendiri tidak pernah melalui detik itu, kerana kisah cinta sejati kali ini betul-betul berlaku di depan mataku, betul-betul dengan kepala mataku sendiri yang menyaksikannya...aku tidak mungkin boleh berbicara sebegini jika aku hanya menceritakannya melalui akal logik dan penciptaan maya fikiranku...
Kisah ini melibatkan dua orang insan yang berlainan negeri (nama orang-orang itu aku rahsiakan..), iaitu antara negeri Sabah dan Sarawak... kebetulan kedua-duanya itu ialah kawanku juga, mula kenal melalui laman 'facebook' dan seterusnya bertukar-tukar nombor telefon (cerita biasa laa..). Di satu pagi yang hening, aku telah menerima satu mesej ringkas tetapi bisa bikin aku terkejut dari tidur tanpa menggunakan jam loceng, datangnya dari K (orang Sarawak tue..), katanya "Aku akan ke Kota Kinabalu hari nie, so let's meet up there very soon..". Aku ingatkan dia main-main, almaklumlah kan, budak-budak zaman sekarang, lagipun aku difahamkan sebelum ini dia masih dalam hari berkerjanya...Tahu-tahu, lebih kurang jam 2.00pm, dia call aku dengan mengatakan bahawa dia telah tiba di KKIA Terminal 2. Terpaku aku sekejap :- betul ke nie?? Nak cakap tipu, aku sendiri dengar announcement airport yang lazim aku dengar... Then dalam situasi yang kelam-kabut itu aku call kawanku di UMS, minta dia temankan aku untuk berjumpa dengan K nie... Ketika aku bertemu dengan K di belakang Centrepoint Sabah, hampir-hampir aku tak kenal, sebab dalam gambar macam besar, tapi secara realitinya, dia lebih kurang 5'3" je... tapi yang buatkan aku kenal dia ialah cara dia greet aku, just like in the phone, "Hoi!!" gitu...huhuhu...selepas sesi suaikenal dengan dia, aku dengan kawanku terus bawa dia berjalan-jalan di sekitar bandaraya KK dan di bangunan Centrepoint Sabah... time kami makan, dia cakap "aku malam ni akan bertolak ke Tawau, jumpa dengan si D (yang ni palk orang Sabah tue..)" Aikk, terus ke Tawau? Bila beli tiket? Huu, rupa-rupanya dia pergi ke Terminal Bas Ekspress Inanam dulu sebelum berjumpa dengan aku di KK, direct dengan menggunakan teksi dari KKIA T2...how great, pelan perjalanan yang spontan dan cekap...
Lebih kurang jam 7.00pm gitu, aku dengan kawanku temankan dia ke Terminal Bas ekspress Inanam pula, sambil untuk mengucapkan 'bon voyage' kepada dia...semasa kami semua menunggu masa bas bertolak, time itu juga dia menceritakan purposenya datang ke Sabah ni...katanya, dia datang ke Sabah ini kerana untuk menjemput si D kekasihnya tu dari Tawau ke Miri...aku dengan kawanku jadi terpana, terpaku, dan tidak percaya dengan apa yang berlaku ketika itu...Sungguh tidak disangka-sangka, kedatangannya ke negeri Sabah ini hanya kerana cinta...dan aku boleh simpulkan bahawa kerana cintalah dia sanggup membelanjakan sejumlah wang yang cukup besar nilainya hanya untuk mencari cinta...dan akhirnya, sedikit demi sedikit, rasa ketidakpercayaanku dengan keutuhan cinta jarak jauh seperti ini mula menghilang dari mindaku...macam cerita sinetron pula, tetapi kali ini aku tontoni cerita itu secara 'live' dengan kawanku...setelah dia menaiki bas yang akan membawanya ke Tawau, aku dan kawanku saling bertanya :- kita tengok cerita dalam panggung ke tadi?? kita bermimpi ka tadi?? Aku maca tidak percaya dengan apa yang aku nampak, apa yang aku dengar, dan apa yang aku alami tadi... soalan-soalan itulah yang kami fikir-fikirkan sehingga kami sampai di rumah masing-masing... Unbelievable, but nothing is impossible....
p/s:- Sedikit daripada cerita ni aku ubah, untuk kebaikan bersama...(^_^)

I'm Back!!!!



Aha, so long for me to rock up this little stage of "That's the Way I Am...", quite busy actually, with assignments, quizzes, tests, final project and many more... but frankly, I miss this blogsite!!! Huhuhu...so, kali ni tak banyak benda yang dapat aku coretkan, kerana otakku pun tengah bercelaru dengan pelbagai bentuk masalah yang ada di antaranya aku pun tidak tahu kenapa juga ianya berlaku walaupun tanpa sebarang sebab-sebab yang munasabah... walaupun dirundung masalah yang banyak, aku tetap unpredictable, always there will be a cute smile and happy reaction on my face, kerana aku ni kan 'notyboy', it meansthat aku bukannya 'manusia yang bermasalah', tetapi 'manusia yang mencipta dan membuat masalah'...hahahaha..(jahat kan aku??). Anyway, sebelum aku coretkan ceritaku yang lain dalam page yang lain, I want to wish all of you "Have a Nice Day', keep smile, stay cool, feel happy at all the time...(^_^)

Thursday, August 6, 2009

Nak belajar pun berbayar...

Kelmarin aku di Karamunsing, aku masuk ke sebuah kedai yang menjual alat-alat muzik dan instrumentasi, konon-kononnya mau belajar something good la di sana... Sebenarnya bukan aku nak belajar bermain alat muzik sebab aku tak pandai main, tapi aku nak belajar coz aku mau kena iktiraf oleh badan muzik antarabangsa, manalah tahu, rezeki tak kelihatan...boleh juga bakat yang aku ada ni digunakan untuk mencari pendapatan sampingan dan tak lah main setakat di peringkat kampung dan buat band underground yang mak bapaku cakap 'illegal movement' ni... So aku masuk dalam kedai tu, terus aku tanya dengan sorang pekerja kat kedai tu...first aku tanya pasal belajar main gitar, then baru aku tanya pasal main dram (coz aku sebenarnya pemain dram..^_^)... Pekerja tu cakap, kalau nak belajar gitar akustik, monthly aku kena bayar RM80, kalau gitar elektrik, kena bayar RM90 sebulan, dan akan naik selang RM15 kalau naik seperingkat lebih tinggi...At the first place, terkejut juga aku dengar penjelasannya tu, coz setiap sesi cuma ada setengah jam jak... Lain lagi dram, setiap bulan kena bayar yuran sebanyak RM110!! Aduh, mahalnya!! Tu lah yang aku fikir sekarang ni, coz bagi aku, nak belajar bebenda begini penting juga, coz yang akan keluarkan sijil pengiktirafannya ialah Trinity International College yang kat London tu...Hurmm, bkurr sudah ni, huhuhu...(^_^)

Reason aku tak berblogging seminggu yang lepas...

Aha, exactly sudah seminggu aku tak jenguk blogku ni, coz this week aku sibuk untuk semester baru...hehehe... Selama seminggu ni, macam-macam kegiatan & aktiviti yang aku ikut, thats why aku lama tak berblogging ni... Apa-apa pun I'll try to keep blogging sekerap yang mungkin, kalau tak ada yang menghalang jugak la...^_^

Friday, July 31, 2009

Untuk Kengkawanku Yang di Kuching...

Well, hari ni aku bukan lagi online dari Kuching, tapi dari KK...ahaks, fakta yang simple tetapi penting, aku baru je balik dari Kuching petang kelmarin (31/07/09), mungkin aku perlu ucapkan 'minta maaf' kepada kengkawanku yang di Kuching, coz aku terlupa sesangat mau inform kat semua mengenai kepulanganku ke KK ni...walau apa-apa pun, dalam hatiku ni sudah mula terasa kerinduannya, harap masa je yang menentukan kepulanganku ke Kuching pula...kepada kengkawanku yang akan mengikuti 'Local Indie Gigs' kat Dewan Suarah Kota Samarahan, hope you'll enjoy yourself, perform bagus-bagus, giv'em all da best shot you've got, biar gegak-gempita dewan tu dengan sorakan peminat... Untung nasib tak menyebelahi aku, coz terpaksa berlepas ke KK lebih awal dari yang dijangka, tapi dari jauh pun aku akan bagi full support kat korang, in moral, emotion and mind.... Love you all, miss so much ortedy, huhuhu...:p

Thursday, July 23, 2009

Hunting, Anyone?? (Part 1)

Sapa di antara kalian yang mempunyai hobi yang sama dengan aku, iaitu memburu? Well, aku mula berminat dengan aktiviti memburu ni ketika umurku masih 10 tahun lagi... It's really fun for me, coz memburu ni bagi aku berbeza dengan memancing...for your info, aku tak minat memancing, coz kejanya agak boring, just wait, wait and wait... Memburu ni lain, bergerak kesana kemari mencari sasaran... Berbekalkan dengan selaras senapang '12-Bore Steven Shotgun' dan 12 butir peluru pelbagai saiz, aku boleh berburu selama 7 jam non-stop...bunyi macam memenatkan, tapi belum cuba belum tahu...hehehe... Masa? Aku suka berburu waktu malam, lebih mencabar dan lebih senang untuk mengenalpasti serta mengarahkan buluh senapang ke arah 'musuh'... Dengan Siapa? Aha, aku lebih suka berburu berseorangan, coz taklah terlampau banyak lampu2 yang menganggu serta bunyi bising derap tapak kaki...many hand will spoilt da soup lah katakan...huhuhu...

Sunday, May 10, 2009

WaaaahhhhhhHHH!!! Hari ni aku betul-betul stress tau!! Stress coz banyak betul benda yang serbum mindaku ni, mau naik pening pula sudah....tapi apa-apapun, thanks a lot kepada yang always support aku dari belakang, family, friends and all loved ones, coz tanpa korang, nothing can be done...morally and faithfully, thanks a lot once again...hehehe...:d

Friday, April 24, 2009

We are getting closer....

Well, besok (25/04/09) aku duduk periksa amik kertas ujian MUET lagi owh!! Hahahaha... Cakap nak amik ujian besok, tapi belum mantap lagi persediaanku ni, besalah tu, 'last-minute preparation' bah....huhuhu...tapi yang pasti, kalau uda duduk periksa MUET besok, means that 2 minggu akan datang akan duduk amik perperiksaan akhir, so that means tak lama lagi, akan balik Kuching ler!!! Hahahaha...lama udah aku tak balik Gawai ni, macam udah 6 tahun lau tak silap aku...huhuhuhu...anyway, tahun ni cukup bertuah bagi aku sebab dapat balik meraikan Gawai, yang paling bestnya, aku akan 'on-leave' untuk 9 minggu!! Yeah, macam-macam pun boleh buat owh!! Hahahaha...mungkin skang ni aku boleh wish 'Celamat Ari Gawai Dayak" kepada pembaca blogku ni, gayu guru gerai nyamai....hehehehe....:p

Saturday, April 18, 2009

Lets think about it....

Sometimes, kita selalu syok dengan apa yang kita buat tanpa menyedari masa yang berlalu....begitu juga aku (tak terkecuali la..), kekadang terlalu syok gila dok kat negeri orang ni menikmati keseronokan kehidupan sebagai seorang pelajar IPTA sehingga tidak menyedari, aku sudah disini selama 3 tahun, dan tahun ni merupakan tahun terakhir aku disini sebagai seorang plajar...mungkin sooner or later aku akan berada disini kembali, tetapi bukan lagi berstatus sebagai seorang pelajar... Time aku review kembali kemungkinan-kemungkinan yang akan datang tu, terasa sedih berbaur gembira pla di hati, namun hidup perlu diteruskan.... Tamat pengajianku disini bererti uda 14 tahun aku berkecimpung dalam dunia student ni, and of course banyak kenangan di sepanjang penglibatanku dalam dunia ni yang akan kuabadikan dalam kamus hidupku.... Suka duka, pahit manis, lucu sedih, kecewa gembira, semuanya akan menjadi kenangan....silap-silap boleh tersenyum seorang jadinya!! Rasa sayu di hati tu mungkin gak ada, tak tau la bila saatnya tu akan tiba, tapi maw wat macam mana jugak kan, everyone has their own way of life.... Dunia ni luas, tak memadai jika berada di satu point jak sepanjang hayat.... Halatuju selepas hari ni susah untuk diramal, tetapi boleh diatur arahnya hari ni....buat kengkawanku, sama-samalah kita warnai kehidupan student kita ni selagi masih bersama ni, nanti selepas hari esok, ada juga cerita kita wat anak bini kita kan....hehehehe...:p


p/s Thanks for the memories, my dear friends....^_^

Wednesday, March 25, 2009

Tourist Guide.....

Huuu...dari 23-27 March 2009 ni aku kena jadi 'tourist guide' ngan bebudak sukan yang datang dari Kuching, antara salah satu kerjaku yang boleh dikatakan 'hidden' di sebalik profesionku sebagai perantau ilmu di bumi negeri Sabah ni....sebagai 'tourist guide' diaorang, aku kena bawa diaorang semua ni untuk menjelajahi/melawati lebih kurang 70% kawasan KK ni (Kota Kinabalu la...) sebelum diaorang balik semula ke Kuching....frankly, memang sudah hobi dan minatku untuk menjelajahi tempat orang, tetapi kalau sudah diminta jadi 'tourist guide' begini, agak pelik sikit la bagi aku...but anyway, akan juga aku laksanakan, after all, I has been given no other choice than ambik je tugas ni...hahaha...target perjalanan yang paling jauh aku akan bawa diaorang ni mungkin sampai Ranau je, nak pergi jauh-jauh pun kalau tak berbaloi pun tak guna jugak kan...huhuhu...lagipun kat Ranau tu sudah memadai bagiku untuk menjamu mata diaorang dengan panorama indah daerah Kundasang yang berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu tu.... Pasti diaorang terpegun la tu kan...hahaha... so, sapa-sapa yang nak join tu, boleh la diambilkira, ok?? Hahaha....:p

Sunday, March 22, 2009

Rutin Harian Yang Memenatkan Kembali Berulang.....

Hmmm, cuti seminggu sudah berkhir, dan sekarang bermulalah lagi rutin harian yang sebelumnya, dan kali ini aku jangkakan yang rutin harianku semakin padat dan memenatkan... Tapi tak apa, "everything that happen will come to the end according to its time, because it is in a full circle track", jadi aku cuma dapat teruskan jak sehingga ke akhirnya....bukannya susahpun untuk "menari mengikut rentak" kan? Haaa, lebih kurang begitulah pendekatannya, mudah betul untuk memahaminya, tetapi mungkin susah untuk mengaplikasikannya.... Ah biarlah, asal hidup sentiasa happy, then should be no problem...huhuhu...

MANUSIA......

Kita manusia, dikurniakan dengan banyak pancaindera dan deria yang melengkapkan diri kita ini sebagai makhluk Tuhan yang paling sempurna sekali....dikurniakan dengan sepasang mata untuk melihat, dikurniakan dengan sepasang telinga untuk mendengar dan mulut untuk bercakap serta meluahkan perasaan......2 mata, 2 telinga, tetapi kenapa 1 mulut sahaja? Kerana kita manusia, dilahirkan daripada manusia terdahulu, yang mudah melakukan kesilapan dan kesalahan dimana ianya perlu diuji dari hari ke hari. Ujian yang boleh muncul dalam pelbagai bentuk, untuk dinilai sejauh mana tahap kekuatan iman dan ketinggian harga diri.....dikurniakan dengan 2 mata, 2 telinga dan 1 mulut, agar kita lebih melihat, lebih mendengar tetapi kurang bercakap....setiap pertuturan yang terbit dari mulut adalah bermula dari penglihatan dan pendengaran, dan ianya dilabel sebagai bukti atau fakta, tetapi jika pertuturan yang terbit dari mulut bermula dari pendengaran tanpa penglihatan ataupun sebaliknya, itu dilabel sebagai hasutan, khabar angin, fitnah, gossip, dan pembohongan, yang mampu membawa kepada kejatuhan maruah dan harga diri sebagai manusia yang sempurna.... 3 elemen asas kurniaanNya yang sering disalahgunakan oleh manusia inilah yang selalu membawa kepada masalah yang dahsyat dan serius, dimana sahaja tidak kira masa dan keadaan....pergaduhan, perpecahan bangsa, perselisihan faham dan perperangan merupakan bukti yang nyata, yang jelas menunjukkan betapa teruknya kesan yang bakal berlaku jika kita tersilap memanfaatkan kelebihan kita sebagai manusia ini....kita manusia, seolah-olah tidur dalam sedar dengan apa yang sudah berlaku, apa yang sedang berlaku serta apa yang akan berlaku itu semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. Sedikit terpesong mampu membawa kesan yang sangat besar di kemudian hari, kesan yang sedikit sebanyak mampu membuatkan kita berasa menyesal. Maka gunakanlah "kemanusiaan" kita ini sebaik mungkin, elakkan daripada mencipta bencana dan musibah pada diri sendiri serta orang-orang tersayang....

Wednesday, March 11, 2009

Aha...aha...aha...A.R.A.M.A.I.T.I.!!!!!

Owh yeah!!! 2 days more, and it's 1 WEEK HOLIDAY!!! Hakhakhak, how I wish this coming moment!! Now my head are already with the things that I'm gonna do for this coming holiday, hope that I can go here and there during this short holiday, doing good jobs and relaxing my mind before thinking about the final project after the holiday. By the way, maybe at that time also I will start working on my plan to participate the taekwondo tournament this June.... Wahh, so many things to do, how tired!!! But that's the way it is, so nothing much I can do other than accept it as the way it is...hahaha....:p

Past, Present and Future....

Dalam kehidupan, kita sering memikirkan apa yang telah berlaku, apa yang sedang berlaku dan apa yang akan berlaku....tetapi pada masa yang sama, dalam perkara yang sama, kita sering mengabaikan sesuatu yang menyebabkan perkara-perkara itu terjadi, sedang berlaku, dan akan mengambil tempat dalam 'pementasan' kehidupan kita. Sebagai seorang umat Kristian, adalah amat perlu untuk kita mengimbas kembali perkara-perkara yang sebegini (past, present and future), kerana kita sebagai manusia biasa ini terlalu mudah alpa dan tidak mengendahkan perkara-perkara yang boleh berulang lagi. Seperti yang kita sering lakukan, dan seperti yang kita sedia maklum, 'perbuatan tanpa perancangan awal' sangatlah merugikan, dan kebiasaannya kita akan merancang sesuatu mengikut apa yang sedang berlaku. Sedarlah bahawa Tuhan telah menunjukkan kepada kita amaran-amaran akan berlakunya musibah yang lebih dahsyat pada masa akan datang melalui kejadian-kejadian yang telah berlaku. Maka untuk merancang sesuatu, adalah amat baik jika kita merancang berdasarkan apa yang telah berlaku, dan bukannya berdasarkan kepada apa yang sedang berlaku. Perancangan kehidupan berdasarkan perkara yang sedang berlaku inilah yang sering membawa kepada kegagalan demi kegagalan, dan seterusnya membawa kepada rasa putus asa dan kurang yakin kepada diri sendiri. Mengapa hal ini berlaku? Kerana amaran-amaran yang Tuhan tunjukkan kepada kita melalui perkara-perkara yang telah berlaku itu kita abaikan!!! Oleh kerana Tuhan terlalu sayangkan anak-anakNya, iaitu kita yang mengaku bahawa Tuhan Yesus adalah Juruselamat kita inilah yang menyebabkan Dia melakukan semua ini, supaya kita tidak terjerumus ke dalam permasalahan kehidupan, tetapi kita manusia inilah yang selalu lupa, alpa, fanatik dengan keindahan dan nikmat kehidupan di dunia, serta mudah terpengaruh, yang menyebabkan berlakunya kerumitan dalam kehidupan kita sendiri. Dunia sekarang semakin 'tenat', maka wajarlah kita berfikir sejenak mengenai perkara ini, dan fikirkan juga tindakan kita selepas itu....semuanya bergantung kepada diri sendiri, dan juga 'past, present and future'....