Showing posts with label CHRISTIANITY. Show all posts
Showing posts with label CHRISTIANITY. Show all posts

Wednesday, March 11, 2009

Past, Present and Future....

Dalam kehidupan, kita sering memikirkan apa yang telah berlaku, apa yang sedang berlaku dan apa yang akan berlaku....tetapi pada masa yang sama, dalam perkara yang sama, kita sering mengabaikan sesuatu yang menyebabkan perkara-perkara itu terjadi, sedang berlaku, dan akan mengambil tempat dalam 'pementasan' kehidupan kita. Sebagai seorang umat Kristian, adalah amat perlu untuk kita mengimbas kembali perkara-perkara yang sebegini (past, present and future), kerana kita sebagai manusia biasa ini terlalu mudah alpa dan tidak mengendahkan perkara-perkara yang boleh berulang lagi. Seperti yang kita sering lakukan, dan seperti yang kita sedia maklum, 'perbuatan tanpa perancangan awal' sangatlah merugikan, dan kebiasaannya kita akan merancang sesuatu mengikut apa yang sedang berlaku. Sedarlah bahawa Tuhan telah menunjukkan kepada kita amaran-amaran akan berlakunya musibah yang lebih dahsyat pada masa akan datang melalui kejadian-kejadian yang telah berlaku. Maka untuk merancang sesuatu, adalah amat baik jika kita merancang berdasarkan apa yang telah berlaku, dan bukannya berdasarkan kepada apa yang sedang berlaku. Perancangan kehidupan berdasarkan perkara yang sedang berlaku inilah yang sering membawa kepada kegagalan demi kegagalan, dan seterusnya membawa kepada rasa putus asa dan kurang yakin kepada diri sendiri. Mengapa hal ini berlaku? Kerana amaran-amaran yang Tuhan tunjukkan kepada kita melalui perkara-perkara yang telah berlaku itu kita abaikan!!! Oleh kerana Tuhan terlalu sayangkan anak-anakNya, iaitu kita yang mengaku bahawa Tuhan Yesus adalah Juruselamat kita inilah yang menyebabkan Dia melakukan semua ini, supaya kita tidak terjerumus ke dalam permasalahan kehidupan, tetapi kita manusia inilah yang selalu lupa, alpa, fanatik dengan keindahan dan nikmat kehidupan di dunia, serta mudah terpengaruh, yang menyebabkan berlakunya kerumitan dalam kehidupan kita sendiri. Dunia sekarang semakin 'tenat', maka wajarlah kita berfikir sejenak mengenai perkara ini, dan fikirkan juga tindakan kita selepas itu....semuanya bergantung kepada diri sendiri, dan juga 'past, present and future'....

Saturday, January 31, 2009

Ermmm...

Aaaa, ari ni aku ada satu story yang boleh aku consider pelik dan melucukan, mau tau tak?? Hahaha, ni aku kasi story…


Dulu-dulu, di sebuah kampung yang harmoni kunun, ada sorang lelaki tua hidup seorang diri di rumahnya yang terletak berhampiran dengan sebatang sungai. As owez, kejanya memang bergantung 100% dengan hasil-hasil yang dia dapat dari sungai tu, lau dia tidak turun ke sungai tu, dia duduk di rumahnya saja sambil menghabiskan masanya dengan berdoa and sembahyang sepanjang ari….kira alim habis la kunun ni lelaki tua….. Jadi one day, hujan turun dengan lebat sekali, dan paras sungai yang berdekatan dengan rumah lelaki ni makin naik and naik and naik dengan mendadak. Melihat keadaan yang makin serius begitu, semua jiran-jirannya mengajak lelaki tua ni untuk sama-sama berpindah ke pusat pemindahan mangsa banjir dengan menaiki sebuah trak, sebelum keadaan menjadi teruk. Tetapi anehnya, dia menolak ajakan jiran-jirannya dengan sopan dengan berkata, “Tidak, saya tidak akan berpindah dari sini, kerna saya yakin bahawa Tuhan Maha Berkuasa dan Maha Penyelamat akan datang untuk menyelamatkan saya…” Melihat begitu, jiran-jirannya pun tidak mau memaksa, jadi berpindah la diaorang ni, meninggalkan lelaki tua ni seorang diri di rumahnya yang semakin tenggelam oleh air sungai yang melimpah. Tunggu punya tunggu, air sudah naik ke paras pinggang dalam rumah lelaki ni, tapi peliknya dia masih jugak tak mau berpindah ke tempat yang lebih selamat, dengan yakin dan penuh kesabaran dia tunggu jugak Tuhan akan datang dan menyelamatkannya dari situ. Kemudian datang la sorang orang sekampungnya dengan sebuah perahu, kunun-kununnya datang untuk menyelamatkan lelaki tua alim ni. Tapi masih jugak dia menolak pelawaan orang kampungnya tu, katanya, “Sebaik-baiknya kamu pergilah selamatkan diri kamu dulu, sebelum air sungai tu menghanyutkan kamu dengan perahu kamu tu sekali, jangan kamu risaukan saya, kerna Tuhan Yang Maha Penyelamat akan datang dan menyelamatkan saya..” Mendengar begitu, berlalulah orang kampungnya tu… Air semakin tinggi, kali ni naik sehingga ke paras leher, tetapi lelaki tua ni masih jugak tidak mau berpindah, dengan harapan Tuhan akan datang dan menyelamatkannya. Kemudian datang la sebuah speedboat penyelamat untuk menyelamatkan lelaki tua ni, tapi masih jugak dia menolak niat baik penyelamat yang berada di dalam speedboat tu, dengan alasan yang sama seperti sebelumnya….air semakin naik, dan kali ni lelaki tua alim ni terpaksa naik ke atas bumbung rumahnya, sambil menunggu dengan penuh kesabaran dan berdoa agar Tuhan datang dan menyelamatkannya…kemudian datang lagi sebuah helikopter penyelamat untuk menyelamatkan lelaki tua ni, menurunkan tangga tali, dan dengan pembesar suara, penyelamat tu mengarahkan lelaki tu untuk memegang erat tangga tali yang telah diturunkan…tetapi seperti sebelumnya jugak, dia menolak dengan berkata, "biarlah saya disini, kerna saya yakin Tuhan Maha Menyelamat akan datang dan menyelamatkan saya disini..." Air semakin tinggi, dan akhirnya lelaki tua ni pun mati kelemasan dan hanyut dibawa arus deras sungai tu...


Setibanya di alam barzakh....


Roh lelaki tua yang malang ni pun berada di depan Tuhan untuk ditentukan samada untuk masuk ke syurga ataupun neraka....sebelum Tuhan sempat bersuara, lelaki tua itu berkata, "Saya telah menghabiskan banyak masa hidup saya dengan berdoa kepada Engkau, meminta agar Engkau memberi perlindungan dan keselamatan kepada saya, tetapi akhirnya saya mati kerana tidak diselamatkan, kenapa Engkau berbuat begitu kepada saya??" Dengan selamba, Tuhan menjawab, "Tidakkah kamu sedar, Aku telah memberikan kepadamu segala keperluanmu dan permintaanmu, malah Aku telah mengurniakan lebih dari yang kamu minta, dan lihatlah, kamu sudah berada di depanKu. Apa lagi yang kamu ingin pertikaikan?? Lelaki itu berkata, "Saya tidak ingin mempertikaikan, tetapi saya ingin mempersoalkan kenapa Engkau tidak datang untuk menyelamatkan saya dari bencana banjir yang telah membuatkan saya berada di sini, kenapa?? Mendengar perkara ini, dengan muka yang penuh kehairanan Tuhan berkata, "Bukankah Aku telah mengirimkan kepadamu sebuah trak, sebuah perahu, sebuah speedboat penyelamat dan sebuah helikopter untuk datang dan menyelamatkanmu?? Apa lagi yang kamu ingin pertikaikan???".......:d