Showing posts with label MUSIC. Show all posts
Showing posts with label MUSIC. Show all posts

Saturday, October 10, 2009

Lagu Buat Perindu Sepi...(Draf_1)

Di hentian ini aku berdiri,
Bersendirian tanpa teman di sisi,
Mengenangkan kisah-kisah lalu,
Yang membuatkan aku terpaku,
Tersedak nafas di dalam dada,
Menahan sedih dan hiba,
Terngiang-ngiang lagi tawa dan hilai,
Milik seorang insan bergelar teman,
Yang kini hilang secara ironinya,
Entah kemana arah tujunya,
Hilang tanpa sebab dan tujuan,
Seperti daun-daun kering ditiup angin,
Mudah berubah haluan dan destinasi,
Tidak sepadan dengan janji dan sumpah,
Yang pernah dilafazkannya tanpa paksaan....

Dan kini,

Aku sudah sendiri lagi,
Tanpa seorang teman di sisi,
Seperti yang dahulu juga kini,
Aku melangkah ke hadapan kembali,
Meninggalkan semua impian dan mimpi,
Moga-moga satu hari nanti,
Aku ketemu sekali lagi,
Dengan si dia yang telah pergi,
Di masa yang aku sendiri tidak pasti,
Mungkin di dalam keadaan yang berlainan dimensi,
Atau mungkin di kehidupan selepas ini,

Dan pintaku padamu...

Jangan ada dendam dan benci,
Yang tersimpan di dalam sanubari,
Buangkan ia dari dalam hati,
Biarlah dirimu sesuci embun pagi,
Tanpa secalit rasa hasad dengki,
Kepada diriku yang hina ini,
Dan lagi,
Semoga berbahagia selepas ini,
Hargai apa yang kau miliki,
Jangan dikejar sesuatu yang belum pasti,
Pengalaman kali ini,
Mengajar aku supaya menjadi lebih berani,
Mendewasakan diriku ini,
Supaya tidak lagi dikecewakan ataupun disakiti....



p/s:- Ni cuma draf lagu terbaruku, minta pendapat korang yang bernas supaya dapat aku edit semula skrip lagu ni...(^_^). jangan terperasan pla ya!!! Hakhakhakhak...:d

Thursday, August 6, 2009

Nak belajar pun berbayar...

Kelmarin aku di Karamunsing, aku masuk ke sebuah kedai yang menjual alat-alat muzik dan instrumentasi, konon-kononnya mau belajar something good la di sana... Sebenarnya bukan aku nak belajar bermain alat muzik sebab aku tak pandai main, tapi aku nak belajar coz aku mau kena iktiraf oleh badan muzik antarabangsa, manalah tahu, rezeki tak kelihatan...boleh juga bakat yang aku ada ni digunakan untuk mencari pendapatan sampingan dan tak lah main setakat di peringkat kampung dan buat band underground yang mak bapaku cakap 'illegal movement' ni... So aku masuk dalam kedai tu, terus aku tanya dengan sorang pekerja kat kedai tu...first aku tanya pasal belajar main gitar, then baru aku tanya pasal main dram (coz aku sebenarnya pemain dram..^_^)... Pekerja tu cakap, kalau nak belajar gitar akustik, monthly aku kena bayar RM80, kalau gitar elektrik, kena bayar RM90 sebulan, dan akan naik selang RM15 kalau naik seperingkat lebih tinggi...At the first place, terkejut juga aku dengar penjelasannya tu, coz setiap sesi cuma ada setengah jam jak... Lain lagi dram, setiap bulan kena bayar yuran sebanyak RM110!! Aduh, mahalnya!! Tu lah yang aku fikir sekarang ni, coz bagi aku, nak belajar bebenda begini penting juga, coz yang akan keluarkan sijil pengiktirafannya ialah Trinity International College yang kat London tu...Hurmm, bkurr sudah ni, huhuhu...(^_^)

Friday, April 24, 2009

Hardware Trademarkku:- TAMA 'Starclassic Maple'

Bercakap mengenai hardwares untuk instruments ni, mesti lain orang lain pilihannya, lebih-lebih lagi bagi mereka yang mementingkan mutu dan kualiti produksi diaorang mahupun 'passion' semasa bermain instruments tersebut...and yang pasti, mesti diaorang betul-betul menilai ciri-ciri yang ada pada sesebuah instrument tersebut selain memikirkan faktor harga dan sebagainya sebelum membeli instrument tersebut. Sama lah macam aku jugak, pemilihan sesebuah instrument bagiku merupakan satu kemestian, lebih-lebih lagi untuk mencari instrument yang betul-betul ngam dengan citarasa dan corak permainanku. Memandangkan aku ni kebanyakan masaku melayan lagu-lagu bergenre 'heavy trash metal' dengan 'hard rock', sudah tentu lah insturmentku pun lebih menjurus kepada genre-genre tersebut. Oleh kerana aku pemain dram, jadi skang ni aku kongsikan cerita mengenai dram je lah ah!! Huhuhuhu....

Well, set dram yang aku gunakan skang ni ialah model 'Starclassic Maple' buatan TAMA, yang merangkumi 10" × 8" Tom, 12" × 10" Tom, 16" × 14" Floor Tom, 16" × 16" Floor Tom, 22" × 18" Bass Drum, dan 14" × 6.5" Snare Drum. Selain itu, aku gunakan jugak simbal buatan Zildjian (Customised), yang merangkumi 14" Z Custom Dyno Beat Hi-Hats, 19" A Custom Projection Crash, 18" A Custom Projection Crash, 17" A Custom Projection Crash, 18" Oriental China Trash, dan 20" Z Custom China. Set dram ni aku campur sendiri elemen-elemennya daripada aku gunakan set dram asal 'starclassic maple', dimana simbal yang terdapat dalam set asal semasa aku beli set dram ni ialah yang selalu terdapat dalam set dram Yamaha. Bagi aku, set dram TAMA ni sesuai kerana bunyi 'snare drum' yang cukup menarik. First time aku gunakan set dram TAMA ni ialah pada tahun 2007, dimana sebelum tu aku selalu gunakan set dram buatan Pearl.

Sementara untuk aksesorinya seperti 'drum stand', 'crash stand' dan sebagainya, aku still gunakan yang standard lagi, cuma bagi 'drum mic', aku gunakan yang diperbuat oleh Yamaha. Buat masa ni, aku belum dapat lagi menyediakan aksesori yang sesuai untuk set dramku ni, as now aku start untuk mencari 'keyboard' yang sesuai, tak tahu mana satu yang bagus ni, maybe aku shortlistkan 3 jenis jak, samada Korg, Roland ataupun Yamaha....hehehehehe...:d


p/s Music for Life...