Friday, April 24, 2009

Hardware Trademarkku:- TAMA 'Starclassic Maple'

Bercakap mengenai hardwares untuk instruments ni, mesti lain orang lain pilihannya, lebih-lebih lagi bagi mereka yang mementingkan mutu dan kualiti produksi diaorang mahupun 'passion' semasa bermain instruments tersebut...and yang pasti, mesti diaorang betul-betul menilai ciri-ciri yang ada pada sesebuah instrument tersebut selain memikirkan faktor harga dan sebagainya sebelum membeli instrument tersebut. Sama lah macam aku jugak, pemilihan sesebuah instrument bagiku merupakan satu kemestian, lebih-lebih lagi untuk mencari instrument yang betul-betul ngam dengan citarasa dan corak permainanku. Memandangkan aku ni kebanyakan masaku melayan lagu-lagu bergenre 'heavy trash metal' dengan 'hard rock', sudah tentu lah insturmentku pun lebih menjurus kepada genre-genre tersebut. Oleh kerana aku pemain dram, jadi skang ni aku kongsikan cerita mengenai dram je lah ah!! Huhuhuhu....

Well, set dram yang aku gunakan skang ni ialah model 'Starclassic Maple' buatan TAMA, yang merangkumi 10" × 8" Tom, 12" × 10" Tom, 16" × 14" Floor Tom, 16" × 16" Floor Tom, 22" × 18" Bass Drum, dan 14" × 6.5" Snare Drum. Selain itu, aku gunakan jugak simbal buatan Zildjian (Customised), yang merangkumi 14" Z Custom Dyno Beat Hi-Hats, 19" A Custom Projection Crash, 18" A Custom Projection Crash, 17" A Custom Projection Crash, 18" Oriental China Trash, dan 20" Z Custom China. Set dram ni aku campur sendiri elemen-elemennya daripada aku gunakan set dram asal 'starclassic maple', dimana simbal yang terdapat dalam set asal semasa aku beli set dram ni ialah yang selalu terdapat dalam set dram Yamaha. Bagi aku, set dram TAMA ni sesuai kerana bunyi 'snare drum' yang cukup menarik. First time aku gunakan set dram TAMA ni ialah pada tahun 2007, dimana sebelum tu aku selalu gunakan set dram buatan Pearl.

Sementara untuk aksesorinya seperti 'drum stand', 'crash stand' dan sebagainya, aku still gunakan yang standard lagi, cuma bagi 'drum mic', aku gunakan yang diperbuat oleh Yamaha. Buat masa ni, aku belum dapat lagi menyediakan aksesori yang sesuai untuk set dramku ni, as now aku start untuk mencari 'keyboard' yang sesuai, tak tahu mana satu yang bagus ni, maybe aku shortlistkan 3 jenis jak, samada Korg, Roland ataupun Yamaha....hehehehehe...:d


p/s Music for Life...

No comments:

Post a Comment