Showing posts with label ME. Show all posts
Showing posts with label ME. Show all posts

Wednesday, February 8, 2012

A holiday story....

Ahh, it has been a long time aku tak update blog neh, haizz so busy bha...huhuhuhu..well anyway, tonight (8/2/2012) aku somehow teringin plak nak berstory2 balik dalam blog neh, yelah, so much things happened to me lately so theoretically memang akan banyaklah benda yang aku nak story to hang uolls, hahaha..

Well, it has been 3 weeks aku kat hometown, for Chinese New Year (of course) plus cuti akhir penggal universiti...but for me as a kampung boy, the word 'cuti' or 'holiday' or school break' or whatever that you prefer to say is just an absence of sesi perkuliahan jak, coz so many things yang dah menunggu untuk diuruskan dan dilakukan...first of all, di kampung skang musim durian, yes!! When we started to talk about durian, huuuu!!! There will be 'a night to remember' kat dusun durian, hunting, barbequing, cooking jungle foods and of course akan ada sesi aramaiti with cousins and friends alike...hehehehe...then as the seasons followed, tak lama lagi musim menuai padi, yay!! Imagine, yuo are standing in the middle of gold-yellowish paddy field sambil menghirup udara segar di huma tercinta (not bendang arr, we Borneo folks lebih suka buat huma @ padi bukit than bendang...a little bit primitive but that is what we used to do...) Again, a shotgun must be at hand, ready to shoot naughty birds that tried to pick a bunch of the golden-coloured grains...huhuhu...

But then, every nice times will come to an end...next week aku akan balik ke kampus...whoarrggghhhh!!! Great time for me is almost over, huhuhuhu...a short holiday it is, yes, but then aku rasa satisfied la jugak coz everything that I wanna do, I've done it...hehehehehe...

Sunday, October 30, 2011

Raya Datang Lagiiiii!!!!!!! ^_^

Lorhh...every time nih aku dengar orang sibuk2 nak balik bercuti seminggu, happening semacam, dan semakin 'heh..pening' ni bagiku....you know why? Coz gladly to announce that aku tak balik, duk kat kampus jak during whole mid-semester break.....alang2 nak balik leww, seminggu jak pun...lagipun lau balik bukannya boleh wat apa2 yang berguna, asyik dok berjalan kehulu kehilir ngan motor jak, that's for sure....hehehe...

So much to do here, that is the another part of the reason....dengan assignments, proposals, preparations untuk mid-term dan 'lain-lain' tuh lagi, memang tak sempatlah aku nak buat after cuti lau aku balik...yelah, dah puas ni sengsara jadi 'last-minute worker', so kinda 'bertaubat bin repent' la maksudnya, ngheee (mesti korang cakap 1st time dengar aku cakap begini, kan?? ^_^)....

Anyway, for all of my Muslim friends, boys and girls alike, I would like to wish 'Selamat Hari Raya Aidiladha' to all of you (betul ka ejaan tuh?? Tolong revised for me k...), kalo ada lebihan tuh, ingat2kan la orang yang kelaparan di perantauan cam aku ni, tu pun lau nak beramal jariah ngan orang cam aku jugak la...ngeeee....^_^

Friday, October 7, 2011

Erk??? Back to school again???

Back to school, again?? Really??? Aishhh...for many youngsters, being offered to continue study ke universiti neh obviously seems to be exciting, but for me?? Lorhhh, aku jadi kebingungan, lucu, macam tak percaya dan "ehh, aku macam pernah ke sini sometimes ago, kenapa aku boleh disini sekali lagi???", hahahaha....


Universiti kesayanganku..UM..S...hahahaha...^_^

See this pic?? Ni la HQ kitorang, ala-ala Putrajaya gitew, huhuhu...I'm sure banyak freshie yang belum pernah menjejak kaki ke sini, kinda beautiful view la jugak but agak penat lah naik bukit, haihh...aku rasa lau tak silap macam dah berpuluh-puluh kali dah naek ke bangunan Canselori neh, for various businesses issues...

Somebody might ask me, why are you being thrown back to UMS??? Well, actually lau aku tak kesini sekali lagi, perhaps perangai lamaku akan berulang....what that perangai might be?? Hehehe, biarlah rahsia....but bilamana aku dapat tahu yang aku kesini lagi, rasa biasa2 jak aku at the first place, but 8 jam sebelum penerbanganku ke Kota Kinabalu tuh aku jadi resah plak...yelah, banyak betul kenanganku disini, you name it....kot-kot terjumpa balik point pengimbas kenangan masa lalu tuh, mana nak simpan imej?? Bawah katil?? Aiya...huhuhu...

Disini, dan kali ini, aku ditempatkan di Sekolah Sains & Teknologi..the biggest faculty/school in UMS, agak bangga la juga aku duk sini neh, ditambah lagi dengan muka junior2 yang slluurrrppphhh!!!! tuh...hahahaha....time masuk pun tak jauh beza, aku masuk on 19 September dan junior plak 5 September, so aku rasa aku macam muda balik, ala-ala "sweet 20" la, hahahaha...but beware kids, I'm your senior by nature and experience, haaa...huhuhuhu....






Thursday, September 15, 2011

Honda Civic 1999:- Sapa ada???...^_^

Well, entry ni aku coretkan untuk meraih perhatian 'car-enthusiast' yang ada terfikir nak jual keta Honda dorang...sesapa ada, boleh contact aku coz actually kawan aku minta tolong carikan, first2 tuh dia suh aku cari Honda Integra (bekikis bulu betis nih pakai membayar..) but then lepas aku brainwash dia, last2 tukar p Honda Civic....


p/s:- Lau boleh, nak yang sebijik cam nih...:P

Friday, September 9, 2011

Malam sialan....

Malam nih betul2 sial bagiku....7 orang yang bikin aku panas, serbu sekali...arghhh!!!! Those people memang selalu nak try my kejantanan ke apa neh??? Sini aku nak kupas sekor demi sekor:-

(nama/umur/asal/connection)

1. A-A/24 tahun/Tawau/ex-brother

bangkrek ni sorang yang mulakan heat dalam hatiku....mana taknya, he tried to manipulated the facts yg majoriti tau....he said:-
09/09/09 till 09/09/10 ; cpt tol msa brlalu .. msih ku tringat ksah lalu , kiah kta yg dulu , kta brsma mlakar sjrah impian yg akhirnya bubar brsma hrapan .. 09/09/10 kretakan brmula , jnji yg kta bina atas dasar 'brotherhood' hncur kw bawa brsma tlatah mu yg pndi brmain kata tnpa mmikir apa yg tdk kena .. (: mood : tetiba aku tringat 'stranger' tuh .. SIGH ! >.< (Facebook Post, 10.41pm/Friday 09, 2011)
See what I mean?? Maybe not yet, korang compare yang ni dengan post blog aku (Antara Nasihat, Ugutan dan Amaran...). Korang yang ada minda dan akal, judge bagus2 k?? Post blog aku tuh ramai saksinya, lau nak tau just drop me a message, then aku bagi nama2 dorang...

2. JP-P/21 tahun/Kuching/admirer

Yang ni plak, cakap aku tak pandai serius...why must I?? Serius in what way??? Aku sendiri ada banyak masalah yang perlu difikirkan, lagipun aku bukannya boyfriend dia, then why must I??? I treat everyone as nice as I can, ada kalanya aku treat macam2, ada juga masanya aku treat kat warung jek, ikut kemampuan aku but that is the best that I can give at that time, why must be argued?? Think about that....

3. M-J/22 tahun/Sri Aman/admirer

Yang ni jenis yang free 24/7 untuk bermesej, lenguh jariku nak menekan keypad...even aku dalam meeting room pun dia misscall berpuluh2 kali...lau aku tak inform OK ah, ni aku inform dari pukul 6.00am pun dia buat gak, ketara orang yang tak pandai take note and selfish...

4. AS-I/20 tahun/Kuala Lumpur/Adik Angkat

Yang ni aku tak tau nak komen, lau dia mesej aku akan reply, tapi aku reply not ASAP, that makes thing really bad....well, aku kan busy, manalah aku dapat pegang handphone 24/7, but take a look at the age, just 20, so I guess dia belum mengerti apa itu kesibukan bekerja...so yang ni aku maafkan...

5. MJ-J/24 tahun/Sandakan/Kenalan tak Rapat

Yang ni suka mengarut...Isu tak penting pun dia mengarut, pastu cerita kat aku macam aku tau sangat hal tuh, so bilamana aku cakap aku tak faham dengan apa yang dia carutkan, dia marah aku pla coz tak listen carefully...adoohhh, apa lah point aku dengar cerita yang aku sendiri tak tau hujung pangkalnya??? palui....

6. TF-L/20 tahun/Tawau/Kawan

Yang ni celobeng sangat mulutnya, rimas aku...sedikit sebanyak mengeruhkan lagi keadaan dan memarakkan lagi api kemarahanku....kata2 makian, sumpah seranah yang ntah pa2 tuh memang trademark dia, memang tak sah lau dia tak cakap even 1 word...but jarang skali dia maki orang kurang dari 3 kali, mesti lebih...tu lah yang bikin aku bengang tuh....

7.A-RL/21 tahun/Kuching/ex-ehem2....

Yang nih...haihh...over discreet...pening kepalaku....dia tak banyak cakap, almaklumlah orang lakon discreet bocor, tapi aku bengang dengan tingkahlakunya...terlalu ayu yang mengada2, langsung tak sesuai untuk semua lapisan masyarakat....memangla dia tak pernah potpet2 pasal aku, tapi aku kan pernah bersama dia once, tu la orang selalu cakap "kenapalah ko punya hood tuh begitu perangainya? How come ko boleh tersangkut sama dia??" Aiya, pedas betul telinga aku dengar statement tuh, makan hati jek dibuatnya.....

All in all, semua orang ni wat aku headache semalam, nak menangis meraung2 pun ada, tapi apakan daya, dah big2 nih malu la nak nangis begitu...haihhh...guys, help me...(T_T)

Sunday, September 4, 2011

I'm Mondayphobia!!!!!! (+_+)

Haih, besok dah hari Isnin, benciknya!!!!! Aku bencik Isnin...mesti banyak paperworks, drawings, presentations, site walkabouts, and semua keja yang sama waktu dengannya....tapi apa boleh buat, bulan September ni aku bakal perlukan dana yang cukup banyak untuk survived:- Roadtax/insurans keta dah expired, passport dah expired, akak aku birthday so mesti dia akan demand benda macam2...haihh, headache2!!!!

p/s:- ada sesiapa yang boleh turun keja untuk ganti aku tak?? Please...aku nak titun...^_^

Happy Birthday, my ex....


I may be a bad guy that you ever been with, maybe not the best man that you ever known, maybe the worse fellow that you ever loved, but I'm not so naive and heartless to ignore a very simple thing:- not wishing you a "Happy Birthday" for the 22nd time today...(04/09/1989)... People used to asked me, "what the story now between you and your lover??" I just simply said that we are now more to 'friend' rather than 'ex', slightly different in meanings and definition to me....My wish for you is, may you have a very prosperous 22-years-old days ahead, figuratively and literally, in whatever field that you are in....one more thing:- I never hates you....^_^

Everything will change according to their own time...

Damn!!! Mood aku down dari semalam lagi, haihh...sangat frustrated, macam2 jek perkara yang bikin aku panas....sehinggakan aku mengambil keputusan untuk 'hold on' hubungan yang agak lama terjalin sebelum nih....'hold on' ni pun bahaya gak actually, but then it seems to be the only way out at this moment of time....I've tried everything yang selalu and pernah aku buat untuk memperjelaskan keadaan dan menenangkan keadaan, but kali ni semua tuh dah macam tak berkesan, that makes me really upset....but as always, I'm me, aku tak dapat nak ceritakan hal begini ngan orang lain lebih2 lagi hal2 personal, khuatir keadaan menjadi semakin parah...bukan aku tak percayakan orang, but adalah memalukan bagiku untuk menceritakan hal begini ngan orang lain coz ketara nih tak pandai settle hal sendiri dengan baik (you may say paramount egoist).....apa2pun, hope everything will be fine after this, tak tahan dah hidup slalu dalam kesusahan begini...T_T

Thursday, September 1, 2011

Disebalik kepayahan tersembunyi hikmahnya....

Peeps, first of all title entry kali ni sengaja aku jiwang2kan, to make it interesting jew actually, hihihi...the real thing is, kali ni aku nak story betapa hardnya kat kampungku skang coz ketiadaan air, haihh...so sengsara, tak kira masa, asal perlukan air jek kena angkut bergelen2 dari sungai or paip yang ada air kat ulu2 neh....so hard, but yet God's works always suprised me...mana taknya, dalam 3 minggu pertama aku wat rutin payah neh, my body macam ada perubahan...bigger hands and biceps, broader and wider shoulder, dan yang paling menarik is my body, mula timbul ni six packs yang serupa ngan bodyfigure aku masa atlet dulu....sampaikan T-shirt yang biasa aku gunakan everyday jadi macam tak muat....dengan kata lain, aku skang tengah menjalani 'kampung-styled intensive training', hahahaha...so sapa2 nak body figure menarik, boys and girls, please come over to my kampung k??? Hahaha..:P

Again?????



Lorhh, again aku terabaikan blog nih, lau dia manusia mesti dia kecik hati, hahahaha...well, I have a lot of reasons why site ni slalu dibelakangkan, for some obvious clues yang korang boleh tengok surely korang dah dapat teka penyebabnya...hehehehe...anyway, lately aku ada banyak2 many stories untuk dikhabarkan, good and bad stories actually, not to mention ada info menarik untuk dikongsi....hehehehe....so for my dear readers, just be patient to wait for the posts k?? Huhuhu, love you all...^_^



Peeps, aku main gumuk or kurus??? Hihihi...:P

Sunday, April 3, 2011

Happynya....:D

Goshh, somehow aku rasa sangat happy today...why?? Ahh biasalah, sapa yang tak happy lau sesuatu yang diidamkan selama ni bakal jadi kenyataan kan...one more step ahead then GOAL!!!!! Huhuhuhu...lately aku ada terima tawaran ke satu tempat yang sangat kuidam bah, let me name it as Lalaland... Lalalalnd nih, lau nak g sana kena apply 3 bulan lebih awal dari schedule, dan sebelum ke sana ada kena interview....already got the clue??? Huhuhuhu...for those who are already at Lalaland now, tunggu kedatanganku okeyh??? Miszzz u all, muaxxxx!!! Ngheeee....:D

Monday, January 3, 2011

Gosh!!! Lamanya aku xberblog disini, huhuhu...anyway, for all readers, aku skang ni tengah construct a big, single blogsite, so mungkin akan mengambil masa dan fokusku kat blog ni...huhuhuhu...walau apapun, aku still akan tengok2 site ni sebab somebody ada 'make-a-wish' ngan I yang dia nak tengok blog aku, huhuhu...so whenever that person datang menjengah kesini, I wish you a big welcome to my site k?? Hehehehe...:D

Thursday, October 28, 2010

Dah lama aku tak menaip blog ni, hehehehe...almaklumlah selepas habis study aku terus busy dengan kerja, so kesinambungan busy itu sentiasa ada...anyway, this time aku ingin menjawab sebilangan persoalan yang sering diajukan kepada aku, iaitu what the hell that I'm doing....well, skang ni aku dah kerja sebagai jurulatih Taekwondo MSNS, iaitu bidang kerja yang cukup berlainan dengan bidang akademikku....tapi does it matter??? Hahahaha...yang penting I have something to do, sebab aku ni pun in-waiting dengan jawapan permohonan sambung studyku...muda lagi lorr, so study lah, hihihihi.... Apa-apa pun, selepas berberapa bulan tak berblog ni, sudah semestinya banyak cerita yang akan aku kongsi disini, baik dongeng mahupun fakta (tapi jarang jugak la aku nak berpenglipur lara disini neh, huhuhuhu...:D). So, for those who is at Kuching now, I'm here too, so apa-apa program yang interesting korang sound2 jak kat aku, boleh kita runding macam mana, k??? Hehehehehe...:D

Thursday, November 26, 2009

Antara Nasihat, Ugutan Dan Amaran....

Arrrrggggghhhhhhh....!!!!!!!

Kecewa aku. Sungguh2 aku kecewa. Kecewa kerana masih ada lagi orang yang susah betul mahu faham makna di sebalik tiga istilah yang sering membayangi setiap patah2 perkataan yang terpacul dari mulutku. Kenapa perkara yang bagiku cukup mudah untuk ditafsirkan, tetapi menjadi sangat mengelirukan bagi segelintir pihak?? Entahlah, aku pun tidak tahu adakah soalan ini perlu dibuka kepada orang ramai ataupun tidak, tetapi semakin aku simpan saja di dalam hati, disanalah bermacam2 dugaan yang datang menguji kesabaran dan akal warasku. Bukan sekali dua, tetapi berkali2. Siapa tak frust, jika asyik saja dicap sebagai penyebab masalah, walaupun secara ironinya, benda itu membawa kepada kebaikan. Nak cakap salah, tak cakap pun salah. Huhhh....

Kisah ini bermula 25 bulan yang lepas, dimana pertemuan yang pada mulanya dilihat bakal2 menjadi memori yang indah di dalam hidupku, bertukar menjadi mimpi ngeri disaat2 terakhir aku disini. Kenapa? Mengapa? Untuk apa? Soalan2 inilah yang sering menerpa diriku, bukan sahaja di kalangan kawan2ku, malah orang2 yang mengenali diriku ini. Di saat inilah ungkapan yang pernah kenalanku katakan kepadaku, '...sukar benar jika berurusan dengan orang yang masih mamai2 dalam dunianya sendiri, sebab dia masih enak dibuai mimpi2 indahnya...' Mungkin aku ini terlalu menyibuk or something, tetapi mana tidak aku bertindak jika diriku ini dia libatkan di dalam sebarang permasalahan yang timbul dalam hidupnya. Salah aku kah itu, jika aku bertindak kerana tindakannya itu sering mengheret aku ke lembah masalah yang lebih besar?? Sehingga affair familynya pun dia libatkan aku, sedangkan aku ini langsung tak pernah berjumpa dengan m****rnya. Jauh juga bah, Tawau dengan KK ni, kalau naik bus express pun lenguh juga bah punggung duduk dalam bus. Itu baru satu, belum lagi yang lain. Banyak benar, jika mahu diceritakan satu persatu. Bikin sakit hati jak, jika dikenang kembali semuanya. Dan semua itu baru yang minor problems, belum lagi yang majornya, lagi teruk...

Yang membuatkan aku frust gila2 ialah, dia cakap aku ugut dia. UGUT??? Dia fahamkah, beza antara NASIHAT, UGUT dengan AMARAN?? Aku sudah berkali2 meNASIHATkan dia, JANGAN BERMAIN DENGAN API, I mean, jangan cuba mencabar aku. But, dia mahu juga cuba, dengan mengatakan bla..bla..bla.. tentang aku. Dengan mengatakan yang aku ini takut untuk bertanyakan terus kepadanya mengenai dirinya. Dengan mengatakan aku ini terlalu ego. Tetapi apa buktinya? Siapa ego? Aku ke dia? Dia sendiri yang selalu laung2kan slogan 'sharing is caring', tetapi bilamana sesi itu aku cuba adakan, lain pula reaksinya. Terpesong jauh dari mottonya sendiri. Aku dah berkali2 cuba untuk 'mengenali' dirinya, isi hatinya, tetapi apa tindakannya?? Bilamana aku cuba bawa dia mengenali hal itu, dia sendiri yang cuba 'melarikan diri' dari diajukan dengan soalan2ku yang bakal aku tanya.. Terang2 itu dasar pengecut....

Tetapi, aku masih lagi bersabar, tetapi sudah bersabar di peringkat 'susah dah nak dibawa berunding' menahan hati yang mula marak api kemarahannya. Dengan kawalan mindaku yang 70% tenggelam dalam api kemarahan, aku beri dia AMARAN ringkas itu, JANGAN BERMAIN DENGAN API. tetapi dia masih lagi tidak mengendahkannya. Dan kali ini, dia libatkan kawan2ku dan sahabat2ku pula dalam permasalahannya. Aduhh, sakit di hati ini hanya Dia saja yang faham. Mahu saja aku lempang mukanya jika dia ada di depanku. Mana taknya, dia cakap aku mula tidak mempedulikan dia dan mendekati kawan2ku yang lain. Come on boy, diaorang itu kawan2ku sejak aku di bangku sekolah lagi, mestilah aku layan diaorang bilamana kami bersua muka dan bertemu semula!!! Kenapa dia harus cemburu?? Sedangkan dia memang sudah sedia maklum, kenalan2ku ada dimana2 saja. Disanalah aku katakan kepadanya di dalam satu panggilan telefon (jangan harap dia yang call aku, HARAM punya...), dengan mengatakan aku sudah muak sudah dilibatkan di dalam masalah dia, sudah jelak telingaku dengar percakapan orang hasil perbuatannya itu. So simple, aku cakap 'sudahlah itu, penat sudah aku dengar namaku terlibat dalam hal kau. Dan aku bagi AMARAN kepada kau, jika aku dengar lagi namaku terlibat dalam hal kau, tahu2 sajalah apa yang akan aku buat...' Itu dikira UGUT kah tu? Sedangkan sebelum ini aku pernah katakan kepadanya, beri NASIHAT yang sama kepadanya, bahawa JANGAN BERMAIN DENGAN API sebelum ini. Dia lupa ke, buat2 lupa?

Bagi aku, NASIHAT, UGUTAN dan AMARAN itu terlalu jauh berbeza dari segi maksud dan pengertiannya. tetapi ada juga segelintir 'dumb ass' yang menganggap ketiga2nya itu serupa. Susah sangat ke, untuk berfikir sejenak sebelum berkata2?? Yaa, aku mengaku aku memang berbibir laser, sebab aku tidak mahu terlibat dalam mana2 skandal permasalahannya. Laser bertempat, sebab aku ini ada juga otak, boleh mempertimbangkan antara patut dengan tidak patut.

Sekarang, mungkin aku perlu berhenti mengambil berat mengenai dia, no need anymore, dan seperti yang kenalan2ku/kawan2ku selalu katakan kepadaku, aku sekarang perlu mulakan 'Sebuah Diari Persahabatan' yang baru, buka lembaran kisah yang baru. kepada kenalan2ku/kawan2ku, thanks for your support, dari kecil sampai ke besar, bakti korang akan kukenang, lebih2 lagi kepada Tom, Dom, Henry, Azizi, Alieydzul, Azrille, Saiful, Haji Dull, Sylvester, Zuell, Esham... This will be the well-remembered moments in my life, hmmm...


p/s:- Ini ialah 'true story of mine', tiada sebarang unsur tokok tambah yang terlibat dalam coretan ini... 'Dia' di dalam coretan ini ialah seorang yang pernah ku hormat sebagai seorang abang, tetapi kini tidak lagi, sebab dia sendiri yang block aku dalam 'friend list' dia... Nice action, but sooner or later, jangan ada penyesalan dalam dirimu.... Kegagalanmu untuk berubah merupakan petanda yang kau akan sentiasa di dalam duniamu, dan ingat, indah duniamu itu tidak seperti yang realitinya...(*_*)

Sunday, October 11, 2009

How to make money in the campus as the student??


Aha, sebut sahaja kehidupan di IPT, memang sudah salah satu fenomena biasa jika seseorang mahasiswa/mahasiswi/mahasistua itu mengatakan bahawa dia pokai/kering/muflis dll.., atau dengan kata lainnya, tidak ada duit ler...actually, banyak antara kita (budak-budak IPT) tidak sedar bahawa duduk kat IPT ni lah salah satu contoh paling baik untuk bertapak dalam dunia perniagaan... Jika kita pandai mencari ceruk dan lubang peluang dan boleh mentafsir permasalahan am sesuatu situasi di IPT, kemungkinan kita boleh bergelar 'great little opportunist', yang mana kita diklasifikasikan sebagai pengintai peluang menjana wang yang hebat... Jika kita boleh menjadi sedemikian, sudah tentu FAMA (Father/Mother) kita akan wondering, "macam mana lah anakku hidup disana, tak pernah berkhabar berita ataupun meminta wang ringgit..." Haaa, kali ini aku ingin berkongsi tips macam mana untuk menjana wang semasa berada kat IPT ni, sebab aku pun buat benda yang serupa, tidak lain dan tidak bukan dengan melakukan perkara-perkara seperti berikut:-


1.) Menjadi agen syarikat pengangkutan/penerbangan.

->> Aha, ini merupakan kaedah utama aku untuk menjana wang, dimana setiap semester, pasti ramai students yang mengambil peluang bercuti itu untuk balik kampung halaman dan bertemu dengan sanak saudara/orang tersayang/sahabat handai. Kat sini, aku biasanya berhubungan dengan junior/kawan-kawanku sebagai agen tidak rasmi bagi syarikat-syarikat seperti Airasia, Malaysia Airlines, Bintang Jaya Express, Tung Ma Express, Sida Express, TransTedar Express, dan lain-lain lagi.


2.) Membuat assignments/paperwork/powerpoint/artikel.

->> Ni merupakan kaedah menjana wang yang paling mudah dan senang untuk mendapatkan pasaran, lebih-lebih lagi jika kampus korang dekat dengan IPTA/S yang lain (Politeknik, UiTM, K.Komuniti dll.). Tak semua yang boleh buat assignments diaorang right on schedule, as we all know, budak-budak IPT ni suka betul buat kerja last minute, samada diaorang terlalu busy dengan aktiviti kampus yang lain ataupun terlupa untuk menyiapkannya... kat sini, biasanya aku akan charge sebanyak RM2.50 sekeping untuk assignments, RM2.00 untuk artikel, RM5 untuk lukisan kejuruteraan (Politeknik students punya stuffs laa..). Tapi, makesure assignment sendiri sudah beres laa...

3.) Direct selling/blogging/internet business.

->> Bagi orang-orang yang pandai komputer, jenis inilah yang lazim diaorang selalu usahakan. Tidak ada modal, just kena ada sedikit 'lidah berbelit' untuk persuade orang untuk membeli barang-barang yang diaorang promote dalam blog masing-masing. Tetapi untuk menjalankan jenis bisnes sebegini, kena ada kad kredit/debit dulu, baru boleh jalan...

4.) Topup handphone/reload kredit panggilan.

->> Yang ni betul-betul dominan, semua orang tahu cara menjana duit sebegini, kerana ianya murah dan mudah. Tetapi keuntungannya sedikit, lambat dan agak mengganggu masa belajar/ulangkaji, kerana masa urusniaga adalah tidak tentu, kena selalu bersedia dengan request yang bila-bila masa akan datang...

5.) Sewa kereta/motorsikal.

->> Yang ni biasanya dijalankan oleh golongan mahasiswa yang memiliki kenderaan. Kadar bayaran bergantung kepada tempoh sewaan (biasanya ikut jam..), dan dijalankan sesama rakan-rakan sendiri jak...Kadar bayaran ini pun bergantung kepada berapa rapat persahabatan diaorang, kadang-kadang boleh free jak sampai berhari-hari...

6.) Tourism/pakej pelancongan/ travel.

->> Ni jarang dilakukan, tetapi agak lumayan juga jika bijak. Tidak konsisten, tidak boleh selalu dilaksanakan dan juga kurang pasaran...


Setakat ni, itu jak yang dapat aku kongsikan bersama, ada masa lagi aku akan publish tips-tips yang lain pula...(^_^)

Saturday, October 10, 2009

Projek Yang Terbang-kalai...(*_*)

Huhh, tension aku!!! Kalau hari-hari bernasib malang begini, better aku quit jadi student dan kerja kat KK, jadi driver bas pun OK apa, lumayan juga...apa taknya, 2 hari 2 malam & 2 pagi lengkap aku tak tidor gara-gara buat powerpoint dengan proposal projekku....siap bergrafik yang high-tech lagi yang aku attach sana, ditambah lagi dengan lagu tema ni, bukti tue hasil kerja aku sendiri, iaitu 'Matsuri' (copet dari album Kitaro genk..). tahu-tahu, on da next day, time presentation, juri tanyak 'ada bawa laptop? Sebab Dept. punya laptop tak available..' Time tue aku rasa macam nak bagi jak sepakan penalti kat mesin CNC di sebelah aku tue, biar la dia rosak, aku peduli apa, coz punyalah kecewa aku time dengar ayat-ayat tue...so terpaksa lah aku present tanpa menunjukkan powerpoint yang berhabis baik aku buat 2 malam yang lepas... then again, time aku present, juri tanya 'ada bawa handout?' Nah, yang ni lagi!!! Tapi yang ni aku akui itu kesilapan aku la, coz aku terlupa untuk print awal pagi tadi (gugur 10% markah presentationku..). Pastu aku continue bubbling kat depan tu, dengan suara yang mula garau semacam ala-ala suara jin, tanda 'mood yang mula down'. Again, aku diajukan lagi dengan soalan yang bikin panas dari juri, tanyanya 'proposal awak terlalu ringkas, kamu langsung tidak sertakan bukti yang menyokong hujah kamu.' Aduuiiii, kali ini betul-betul tersirap darahku, sampai pembalut plastik marker jadi terkoyak gara-gara menahan geram yang melampau. Dengan selambanya berbaur menahan geram dihati aku menjawab, 'semua hasil kerja saya diletakkan ke dalam powerpoint, dimana semua bukti-bukti sokongan hujah saya telah saya sertakan dalam bentuk AVI (format video high-resolution laa..). jadi sekarang ianya merupakan kegagalan Dept. untuk menyediakan fasiliti yang lengkap untuk presentation saya ini, kerana ianya telah dinyatakan di dalam pekeliling yang menyatakan bahawa semua kelengkapan akan disediakan.' Nah, merah padam sudah mukanya, barangkali dia rasa terpukul dengan jawapanku tue...but who cares, silap is silap, nobody will take care about other people...baru dia tahu, mengada-ngada sungguh...lepas presentation tue, aku keluar dari bilik presentation dengan rasa marah bercampur puas....baammmm!!! Tombol pintu lagi tercabut time aku pulas, menandakan semua kejadian pada hari tue terlalu 'SUCKK!!!' Sorry to say, but it is really suck for me... Huhh...apa-apapun, aku tetap continue dengan projekku nie, walaupun aku rasa agak frust dengan achievement aku hari nie...hurmmm..(^_^)

Aduhh...!!!!

Huhh!!! Aku tension lagi!!! kali ini betul-betul tension, sebab aku betul-betul disuruh untuk sibuk minggu lepas dengan assignment-assignment yang menimbun, ditambah lagi dengan timbunan masalah-masalah yang lain.... Aku punya tangan pun sudah merah-merah hanya kerana aku cuba lepaskan sedikit tekananku, dan sudah pasti dinding bilik mandi yang menjadi mangsa penumbukku (beginilah caraku untuk melepaskan geram ataupun tekanan jiwaku, lebih baik daripada aku tumbuk orang...+_+). Syukurlah, di saat aku dalam keadaan serba bermasalah itu, ada juga orang-orang yang sudi tampil dan memberiku sedikit semangat... Thanks to all of you, for the words of comfort and encouragement that all of you has gave to me... Dan skang ni, aku dah kembali pulih seperti biasa, mula untuk berdiri kembali untuk mengejar impian dan menceriakan hari-hariku... so, yesss!!! Skang ni semua assignmentku sudah beres, tingggal untuk mengulangkaji jak, tak lama lagi nak exam... EXAM??? aduhh, cepat betul masa berlalu, pejam celik pejam celik, tengok-tengok draf jadual exam sudah keluar, padahal macam baru register semester jak rasanya...hohoho... Perhaps and possibly, this is my last final exam, pasni graduate laa...(hopefully la, hukhukhuk...)

I'm Back!!!!



Aha, so long for me to rock up this little stage of "That's the Way I Am...", quite busy actually, with assignments, quizzes, tests, final project and many more... but frankly, I miss this blogsite!!! Huhuhu...so, kali ni tak banyak benda yang dapat aku coretkan, kerana otakku pun tengah bercelaru dengan pelbagai bentuk masalah yang ada di antaranya aku pun tidak tahu kenapa juga ianya berlaku walaupun tanpa sebarang sebab-sebab yang munasabah... walaupun dirundung masalah yang banyak, aku tetap unpredictable, always there will be a cute smile and happy reaction on my face, kerana aku ni kan 'notyboy', it meansthat aku bukannya 'manusia yang bermasalah', tetapi 'manusia yang mencipta dan membuat masalah'...hahahaha..(jahat kan aku??). Anyway, sebelum aku coretkan ceritaku yang lain dalam page yang lain, I want to wish all of you "Have a Nice Day', keep smile, stay cool, feel happy at all the time...(^_^)

Friday, September 11, 2009

Yesss!!! Raya datang lagi!!! Waaahhh...:d

Huuuu, sekejap jak rasanya, kini tiba lagi satu masa yang best jugak bagi aku, iaitu Raya...walaupun aku tak sambut Hari Raya Aidilfitri (secara teknikalnya larr...), tapi ianya tetap juga boleh membuatkan aku gembira, sebab tak pernah lagi aku menghabiskan cuti rayaku di tempat orang, so means that raya kali aku akan balik juga la...hehehehe...actually, ada sorang makcikku yang meraikan hari raya ni, so dia lah yang selalu suruh aku balik setiap kali menjelangnya musim raya...aku tak kisah sangat, janji tiket balik kampungku ditanggung sepenuhnya...huhuhu....anyway, wish you all "Selamat Hari Raya', lebih2 lagi kepada kawan2 Muslimku yang di Sarawak (Faizul, Faizil, Romzi, Zul, Lani, Fieyah, Shuardi, Marzuki, Sufian, Lan, Tengku Zin, Wan Mashor, Azizul, dll...), kengkawanku di Sabah (Brader Azmil, Azri, Awang Hafizi, Icqxa, Dayang, Fatimah, Jumat, Hilmie, Hafiz, Shah, Nohaimie, Fadley, Sazali, Gizan, Haromen, Sajono, Badrul, Nadzri, dll...), kengkawanku di JB/P.Gudang (Zul, HaziQ, Fifi, Mahadzir, Ramli, Ima, Zaty, Diah, dll...), kawan2ku di SSBJ/Selangor (Rizal, Ahmad Nizam, Azmi, Sham, dll...), cousin2ku di Ipoh/Taiping (Man, Nazri, dll...), cousin2ku di Kedah (Jojo, Daniel & Danny) dan yang lain2 jugak (aku dah tak ingat sudah nama korang, terlampau banyak...^_^)

Aduhhh......:p

Penggal kali ni betul2 penggal yang paling memenatkan aku, baik dari masa kuliah dan masa selain dari itu....betul2 busy, almaklumlah sudah tahun dan semester akhir bagiku disini, mula lah aku diberi assignments dan kerja2 lain oleh lecturerku, ada yang macam benda tak patut jak bagiku...hahahaha...sampai masa untuk berblog pun sudah limited jadinya...hermmm...tapi apa2 pun, masa skang ni aku dapat juga aku ceriakan laman blogku ni, sebab skang ni agak free, dah nak cuti raya lah katakan (walaupun aku tak sambut raya, secara teknikalnya...^_^)... So, skang ni I just want to wish to all my best friends, Selamat Hari Raya kepada korang semua, harap2 happy je sepanjang Raya ni, and makesure bekalan kuih Raya mencukupi sebab aku akan bawa bala tentera pemakan kuih Raya yang besar untuk melancarkan kempen makan kuih Raya kat rumah korang. Hahahahahaha....(^_^)