Thursday, November 26, 2009

Antara Nasihat, Ugutan Dan Amaran....

Arrrrggggghhhhhhh....!!!!!!!

Kecewa aku. Sungguh2 aku kecewa. Kecewa kerana masih ada lagi orang yang susah betul mahu faham makna di sebalik tiga istilah yang sering membayangi setiap patah2 perkataan yang terpacul dari mulutku. Kenapa perkara yang bagiku cukup mudah untuk ditafsirkan, tetapi menjadi sangat mengelirukan bagi segelintir pihak?? Entahlah, aku pun tidak tahu adakah soalan ini perlu dibuka kepada orang ramai ataupun tidak, tetapi semakin aku simpan saja di dalam hati, disanalah bermacam2 dugaan yang datang menguji kesabaran dan akal warasku. Bukan sekali dua, tetapi berkali2. Siapa tak frust, jika asyik saja dicap sebagai penyebab masalah, walaupun secara ironinya, benda itu membawa kepada kebaikan. Nak cakap salah, tak cakap pun salah. Huhhh....

Kisah ini bermula 25 bulan yang lepas, dimana pertemuan yang pada mulanya dilihat bakal2 menjadi memori yang indah di dalam hidupku, bertukar menjadi mimpi ngeri disaat2 terakhir aku disini. Kenapa? Mengapa? Untuk apa? Soalan2 inilah yang sering menerpa diriku, bukan sahaja di kalangan kawan2ku, malah orang2 yang mengenali diriku ini. Di saat inilah ungkapan yang pernah kenalanku katakan kepadaku, '...sukar benar jika berurusan dengan orang yang masih mamai2 dalam dunianya sendiri, sebab dia masih enak dibuai mimpi2 indahnya...' Mungkin aku ini terlalu menyibuk or something, tetapi mana tidak aku bertindak jika diriku ini dia libatkan di dalam sebarang permasalahan yang timbul dalam hidupnya. Salah aku kah itu, jika aku bertindak kerana tindakannya itu sering mengheret aku ke lembah masalah yang lebih besar?? Sehingga affair familynya pun dia libatkan aku, sedangkan aku ini langsung tak pernah berjumpa dengan m****rnya. Jauh juga bah, Tawau dengan KK ni, kalau naik bus express pun lenguh juga bah punggung duduk dalam bus. Itu baru satu, belum lagi yang lain. Banyak benar, jika mahu diceritakan satu persatu. Bikin sakit hati jak, jika dikenang kembali semuanya. Dan semua itu baru yang minor problems, belum lagi yang majornya, lagi teruk...

Yang membuatkan aku frust gila2 ialah, dia cakap aku ugut dia. UGUT??? Dia fahamkah, beza antara NASIHAT, UGUT dengan AMARAN?? Aku sudah berkali2 meNASIHATkan dia, JANGAN BERMAIN DENGAN API, I mean, jangan cuba mencabar aku. But, dia mahu juga cuba, dengan mengatakan bla..bla..bla.. tentang aku. Dengan mengatakan yang aku ini takut untuk bertanyakan terus kepadanya mengenai dirinya. Dengan mengatakan aku ini terlalu ego. Tetapi apa buktinya? Siapa ego? Aku ke dia? Dia sendiri yang selalu laung2kan slogan 'sharing is caring', tetapi bilamana sesi itu aku cuba adakan, lain pula reaksinya. Terpesong jauh dari mottonya sendiri. Aku dah berkali2 cuba untuk 'mengenali' dirinya, isi hatinya, tetapi apa tindakannya?? Bilamana aku cuba bawa dia mengenali hal itu, dia sendiri yang cuba 'melarikan diri' dari diajukan dengan soalan2ku yang bakal aku tanya.. Terang2 itu dasar pengecut....

Tetapi, aku masih lagi bersabar, tetapi sudah bersabar di peringkat 'susah dah nak dibawa berunding' menahan hati yang mula marak api kemarahannya. Dengan kawalan mindaku yang 70% tenggelam dalam api kemarahan, aku beri dia AMARAN ringkas itu, JANGAN BERMAIN DENGAN API. tetapi dia masih lagi tidak mengendahkannya. Dan kali ini, dia libatkan kawan2ku dan sahabat2ku pula dalam permasalahannya. Aduhh, sakit di hati ini hanya Dia saja yang faham. Mahu saja aku lempang mukanya jika dia ada di depanku. Mana taknya, dia cakap aku mula tidak mempedulikan dia dan mendekati kawan2ku yang lain. Come on boy, diaorang itu kawan2ku sejak aku di bangku sekolah lagi, mestilah aku layan diaorang bilamana kami bersua muka dan bertemu semula!!! Kenapa dia harus cemburu?? Sedangkan dia memang sudah sedia maklum, kenalan2ku ada dimana2 saja. Disanalah aku katakan kepadanya di dalam satu panggilan telefon (jangan harap dia yang call aku, HARAM punya...), dengan mengatakan aku sudah muak sudah dilibatkan di dalam masalah dia, sudah jelak telingaku dengar percakapan orang hasil perbuatannya itu. So simple, aku cakap 'sudahlah itu, penat sudah aku dengar namaku terlibat dalam hal kau. Dan aku bagi AMARAN kepada kau, jika aku dengar lagi namaku terlibat dalam hal kau, tahu2 sajalah apa yang akan aku buat...' Itu dikira UGUT kah tu? Sedangkan sebelum ini aku pernah katakan kepadanya, beri NASIHAT yang sama kepadanya, bahawa JANGAN BERMAIN DENGAN API sebelum ini. Dia lupa ke, buat2 lupa?

Bagi aku, NASIHAT, UGUTAN dan AMARAN itu terlalu jauh berbeza dari segi maksud dan pengertiannya. tetapi ada juga segelintir 'dumb ass' yang menganggap ketiga2nya itu serupa. Susah sangat ke, untuk berfikir sejenak sebelum berkata2?? Yaa, aku mengaku aku memang berbibir laser, sebab aku tidak mahu terlibat dalam mana2 skandal permasalahannya. Laser bertempat, sebab aku ini ada juga otak, boleh mempertimbangkan antara patut dengan tidak patut.

Sekarang, mungkin aku perlu berhenti mengambil berat mengenai dia, no need anymore, dan seperti yang kenalan2ku/kawan2ku selalu katakan kepadaku, aku sekarang perlu mulakan 'Sebuah Diari Persahabatan' yang baru, buka lembaran kisah yang baru. kepada kenalan2ku/kawan2ku, thanks for your support, dari kecil sampai ke besar, bakti korang akan kukenang, lebih2 lagi kepada Tom, Dom, Henry, Azizi, Alieydzul, Azrille, Saiful, Haji Dull, Sylvester, Zuell, Esham... This will be the well-remembered moments in my life, hmmm...


p/s:- Ini ialah 'true story of mine', tiada sebarang unsur tokok tambah yang terlibat dalam coretan ini... 'Dia' di dalam coretan ini ialah seorang yang pernah ku hormat sebagai seorang abang, tetapi kini tidak lagi, sebab dia sendiri yang block aku dalam 'friend list' dia... Nice action, but sooner or later, jangan ada penyesalan dalam dirimu.... Kegagalanmu untuk berubah merupakan petanda yang kau akan sentiasa di dalam duniamu, dan ingat, indah duniamu itu tidak seperti yang realitinya...(*_*)

No comments:

Post a Comment