Thursday, August 6, 2009

Nak belajar pun berbayar...

Kelmarin aku di Karamunsing, aku masuk ke sebuah kedai yang menjual alat-alat muzik dan instrumentasi, konon-kononnya mau belajar something good la di sana... Sebenarnya bukan aku nak belajar bermain alat muzik sebab aku tak pandai main, tapi aku nak belajar coz aku mau kena iktiraf oleh badan muzik antarabangsa, manalah tahu, rezeki tak kelihatan...boleh juga bakat yang aku ada ni digunakan untuk mencari pendapatan sampingan dan tak lah main setakat di peringkat kampung dan buat band underground yang mak bapaku cakap 'illegal movement' ni... So aku masuk dalam kedai tu, terus aku tanya dengan sorang pekerja kat kedai tu...first aku tanya pasal belajar main gitar, then baru aku tanya pasal main dram (coz aku sebenarnya pemain dram..^_^)... Pekerja tu cakap, kalau nak belajar gitar akustik, monthly aku kena bayar RM80, kalau gitar elektrik, kena bayar RM90 sebulan, dan akan naik selang RM15 kalau naik seperingkat lebih tinggi...At the first place, terkejut juga aku dengar penjelasannya tu, coz setiap sesi cuma ada setengah jam jak... Lain lagi dram, setiap bulan kena bayar yuran sebanyak RM110!! Aduh, mahalnya!! Tu lah yang aku fikir sekarang ni, coz bagi aku, nak belajar bebenda begini penting juga, coz yang akan keluarkan sijil pengiktirafannya ialah Trinity International College yang kat London tu...Hurmm, bkurr sudah ni, huhuhu...(^_^)

No comments:

Post a Comment