Wednesday, March 11, 2009

Past, Present and Future....

Dalam kehidupan, kita sering memikirkan apa yang telah berlaku, apa yang sedang berlaku dan apa yang akan berlaku....tetapi pada masa yang sama, dalam perkara yang sama, kita sering mengabaikan sesuatu yang menyebabkan perkara-perkara itu terjadi, sedang berlaku, dan akan mengambil tempat dalam 'pementasan' kehidupan kita. Sebagai seorang umat Kristian, adalah amat perlu untuk kita mengimbas kembali perkara-perkara yang sebegini (past, present and future), kerana kita sebagai manusia biasa ini terlalu mudah alpa dan tidak mengendahkan perkara-perkara yang boleh berulang lagi. Seperti yang kita sering lakukan, dan seperti yang kita sedia maklum, 'perbuatan tanpa perancangan awal' sangatlah merugikan, dan kebiasaannya kita akan merancang sesuatu mengikut apa yang sedang berlaku. Sedarlah bahawa Tuhan telah menunjukkan kepada kita amaran-amaran akan berlakunya musibah yang lebih dahsyat pada masa akan datang melalui kejadian-kejadian yang telah berlaku. Maka untuk merancang sesuatu, adalah amat baik jika kita merancang berdasarkan apa yang telah berlaku, dan bukannya berdasarkan kepada apa yang sedang berlaku. Perancangan kehidupan berdasarkan perkara yang sedang berlaku inilah yang sering membawa kepada kegagalan demi kegagalan, dan seterusnya membawa kepada rasa putus asa dan kurang yakin kepada diri sendiri. Mengapa hal ini berlaku? Kerana amaran-amaran yang Tuhan tunjukkan kepada kita melalui perkara-perkara yang telah berlaku itu kita abaikan!!! Oleh kerana Tuhan terlalu sayangkan anak-anakNya, iaitu kita yang mengaku bahawa Tuhan Yesus adalah Juruselamat kita inilah yang menyebabkan Dia melakukan semua ini, supaya kita tidak terjerumus ke dalam permasalahan kehidupan, tetapi kita manusia inilah yang selalu lupa, alpa, fanatik dengan keindahan dan nikmat kehidupan di dunia, serta mudah terpengaruh, yang menyebabkan berlakunya kerumitan dalam kehidupan kita sendiri. Dunia sekarang semakin 'tenat', maka wajarlah kita berfikir sejenak mengenai perkara ini, dan fikirkan juga tindakan kita selepas itu....semuanya bergantung kepada diri sendiri, dan juga 'past, present and future'....

No comments:

Post a Comment