Kita manusia, dikurniakan dengan banyak pancaindera dan deria yang melengkapkan diri kita ini sebagai makhluk Tuhan yang paling sempurna sekali....dikurniakan dengan sepasang mata untuk melihat, dikurniakan dengan sepasang telinga untuk mendengar dan mulut untuk bercakap serta meluahkan perasaan......2 mata, 2 telinga, tetapi kenapa 1 mulut sahaja? Kerana kita manusia, dilahirkan daripada manusia terdahulu, yang mudah melakukan kesilapan dan kesalahan dimana ianya perlu diuji dari hari ke hari. Ujian yang boleh muncul dalam pelbagai bentuk, untuk dinilai sejauh mana tahap kekuatan iman dan ketinggian harga diri.....dikurniakan dengan 2 mata, 2 telinga dan 1 mulut, agar kita lebih melihat, lebih mendengar tetapi kurang bercakap....setiap pertuturan yang terbit dari mulut adalah bermula dari penglihatan dan pendengaran, dan ianya dilabel sebagai bukti atau fakta, tetapi jika pertuturan yang terbit dari mulut bermula dari pendengaran tanpa penglihatan ataupun sebaliknya, itu dilabel sebagai hasutan, khabar angin, fitnah, gossip, dan pembohongan, yang mampu membawa kepada kejatuhan maruah dan harga diri sebagai manusia yang sempurna.... 3 elemen asas kurniaanNya yang sering disalahgunakan oleh manusia inilah yang selalu membawa kepada masalah yang dahsyat dan serius, dimana sahaja tidak kira masa dan keadaan....pergaduhan, perpecahan bangsa, perselisihan faham dan perperangan merupakan bukti yang nyata, yang jelas menunjukkan betapa teruknya kesan yang bakal berlaku jika kita tersilap memanfaatkan kelebihan kita sebagai manusia ini....kita manusia, seolah-olah tidur dalam sedar dengan apa yang sudah berlaku, apa yang sedang berlaku serta apa yang akan berlaku itu semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. Sedikit terpesong mampu membawa kesan yang sangat besar di kemudian hari, kesan yang sedikit sebanyak mampu membuatkan kita berasa menyesal. Maka gunakanlah "kemanusiaan" kita ini sebaik mungkin, elakkan daripada mencipta bencana dan musibah pada diri sendiri serta orang-orang tersayang....
No comments:
Post a Comment