Fuuuhhh, aku kali ini betul-betul terpegun dan betul-betul tidak menyangka, masih ada juga perhubungan cinta sejati yang berlaku masa sekarang, dan yang lebih membuatkan aku tidak percaya ialah perhubungan cinta sejati yang dulunya hanya bermula dari perbualan telefon bimbit...kadang-kadang orang cakap cinta sejati itu wujud apabila dua insan itu bertemu setelah lama menyimpan rasa rindu dan ketidaksabaran untuk bersua muka.... kali ini aku mula percaya kepada teori itu, walaupun aku sendiri tidak pernah melalui detik itu, kerana kisah cinta sejati kali ini betul-betul berlaku di depan mataku, betul-betul dengan kepala mataku sendiri yang menyaksikannya...aku tidak mungkin boleh berbicara sebegini jika aku hanya menceritakannya melalui akal logik dan penciptaan maya fikiranku...
Kisah ini melibatkan dua orang insan yang berlainan negeri (nama orang-orang itu aku rahsiakan..), iaitu antara negeri Sabah dan Sarawak... kebetulan kedua-duanya itu ialah kawanku juga, mula kenal melalui laman 'facebook' dan seterusnya bertukar-tukar nombor telefon (cerita biasa laa..). Di satu pagi yang hening, aku telah menerima satu mesej ringkas tetapi bisa bikin aku terkejut dari tidur tanpa menggunakan jam loceng, datangnya dari K (orang Sarawak tue..), katanya "Aku akan ke Kota Kinabalu hari nie, so let's meet up there very soon..". Aku ingatkan dia main-main, almaklumlah kan, budak-budak zaman sekarang, lagipun aku difahamkan sebelum ini dia masih dalam hari berkerjanya...Tahu-tahu, lebih kurang jam 2.00pm, dia call aku dengan mengatakan bahawa dia telah tiba di KKIA Terminal 2. Terpaku aku sekejap :- betul ke nie?? Nak cakap tipu, aku sendiri dengar announcement airport yang lazim aku dengar... Then dalam situasi yang kelam-kabut itu aku call kawanku di UMS, minta dia temankan aku untuk berjumpa dengan K nie... Ketika aku bertemu dengan K di belakang Centrepoint Sabah, hampir-hampir aku tak kenal, sebab dalam gambar macam besar, tapi secara realitinya, dia lebih kurang 5'3" je... tapi yang buatkan aku kenal dia ialah cara dia greet aku, just like in the phone, "Hoi!!" gitu...huhuhu...selepas sesi suaikenal dengan dia, aku dengan kawanku terus bawa dia berjalan-jalan di sekitar bandaraya KK dan di bangunan Centrepoint Sabah... time kami makan, dia cakap "aku malam ni akan bertolak ke Tawau, jumpa dengan si D (yang ni palk orang Sabah tue..)" Aikk, terus ke Tawau? Bila beli tiket? Huu, rupa-rupanya dia pergi ke Terminal Bas Ekspress Inanam dulu sebelum berjumpa dengan aku di KK, direct dengan menggunakan teksi dari KKIA T2...how great, pelan perjalanan yang spontan dan cekap...
Lebih kurang jam 7.00pm gitu, aku dengan kawanku temankan dia ke Terminal Bas ekspress Inanam pula, sambil untuk mengucapkan 'bon voyage' kepada dia...semasa kami semua menunggu masa bas bertolak, time itu juga dia menceritakan purposenya datang ke Sabah ni...katanya, dia datang ke Sabah ini kerana untuk menjemput si D kekasihnya tu dari Tawau ke Miri...aku dengan kawanku jadi terpana, terpaku, dan tidak percaya dengan apa yang berlaku ketika itu...Sungguh tidak disangka-sangka, kedatangannya ke negeri Sabah ini hanya kerana cinta...dan aku boleh simpulkan bahawa kerana cintalah dia sanggup membelanjakan sejumlah wang yang cukup besar nilainya hanya untuk mencari cinta...dan akhirnya, sedikit demi sedikit, rasa ketidakpercayaanku dengan keutuhan cinta jarak jauh seperti ini mula menghilang dari mindaku...macam cerita sinetron pula, tetapi kali ini aku tontoni cerita itu secara 'live' dengan kawanku...setelah dia menaiki bas yang akan membawanya ke Tawau, aku dan kawanku saling bertanya :- kita tengok cerita dalam panggung ke tadi?? kita bermimpi ka tadi?? Aku maca tidak percaya dengan apa yang aku nampak, apa yang aku dengar, dan apa yang aku alami tadi... soalan-soalan itulah yang kami fikir-fikirkan sehingga kami sampai di rumah masing-masing... Unbelievable, but nothing is impossible....
p/s:- Sedikit daripada cerita ni aku ubah, untuk kebaikan bersama...(^_^)
No comments:
Post a Comment