Saturday, March 28, 2009

KK- Bandaraya Peranginan (Part 1.2009)


Hehehe, masuk skang ni aku uda 3 tahun kat Kota Kinabalu atau dalam singkatan dan definisi penduduknya 'KK', tapi langsung aku tak pernah ceritakan perkara-perkara yang interesting kat sini, baik cerita pasal orang-orangnya ke, keadaan geografinya ke, sejarahnya ke, hotspotnya ke, happening events ke, langsung tak terlintas di fikiranku untuk sumbatkan artikel pasal tempat ni...hahaha... So now, aku akan ceritakan lah apa yang dapat aku kongsikan bersama dalam blog ni, and of course if korang makin naik wondering pasal ibu negeri Sabah ni, jemput-jemput la ke sini ek?? Accessible by any kind of transportation modes, tak kira dari udara, laut, mahupun darat...hehehe...

OK, few things yang asas sekali pasal KK ni ialah:-

>> Lebih dikenali dengan nama 'KK', tetapi pernah juga dikenali sebagai 'Api-Api'...

>> dahulunya dikenali sebagai Jesselton (diambil sempena dengan nama timbalan pengerusi British North Borneo Chartered Company, iaitu Sir Charles Jessel), tetapi bertukar nama menjadi 'Kota Kinabalu' pada 30 September 1968 sempena nama gunung yang tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu yang berketinggian 4,095.2m (13,435ft.)...

>> menggantikan Sandakan sebagai ibu negeri Borneo Utara pada tahun 1946...

>> diiktiraf sebagai 'bandaraya' pada 2 Februari 2000....

>> lebih 65% daripada bandaraya KK yang ada sekarang ni berdiri di atas kawasan laut yang ditambak....



>> merupakan hab kawasan timur untuk masuk ke Malaysia, kerana disinilah mendaratnya pesawat-pesawat asing yang datang dari Kuala Lumpur, Bandar Seri Begawan, Singapore, Manila, Cebu, Hong Kong, Taipei, Kaoshiung, Seoul, Tokyo dan Sydney....

Diteruskanlah cerita, KK ni mempunyai kedudukan geografi yang unik dan menarik, kerana selain daripada keindahannya, KK ni sebenarnya berdiri di atas tanah tembok!! Itulah sebabnya kapal-kapal persiaran/kargo/pertahanan boleh berlabuh betul-betul di tepi bandaraya ini... Selain itu, yang best gak pasal bandaraya ni ialah kepelbagaian sumber laut dan kraftangannya....jadi jika ada yang masih tercari-cari sesuatu yang 'lain daripada yang lain' untuk dijadikan cenderamata, disinilah terdapatnya pelbagai jenis karangan laut, mutiara, dan hasil tangan masyarakat tempatan yang sesuai untuk dijadikan buah tangan....

Kehidupan masyarakat di KK ni meriah, dengan kewujudan gedung-gedung membeli-belah yang terkenal, antaranya ialah 1Borneo, Warisan Square, Centrepoint Sabah dan Wisma Merdeka...macam-macam ada, daripada produk kraftangan sehinggalah kepada produk-produk berteknologi canggih....para pengunjung pun bukan pemastautin KK jak yang membanjiri, malahan yang datang dari Lawas dan Brunei pun ada....hahahaha...

No comments:

Post a Comment